Perhatian

Re Union

17,18 Jan 2014

Bukit Merah

AGM Koop

Sila baca kat bawah

Koperasi

Koperasi Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau Kedah Berhad telah ditubuhkan pada 8 Jun 2009 selepas mendapat persetujuan ramai semasa reunion di Bukit Merah.

Kenapa nama koperasi ini ada Balik Pulau Kedah Berhad?
Koperasi ini ditubuhkan di Kedah. Usaha dan pengurusan penubuhan koperasi ini telah dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Kedah oleh bekas pelajar yang menetap di Kedah.

Terdapat kekangan untuk tidak menyatakan negeri dalam nama koperasi. Koperasi perlu ada cawangan dan pengurusan disetiap negeri dengan setiap cawangan perlu menjalankan aktiviti pemilihan perwakilan untuk menghadiri mensyuarat agung koperasi. Jadi bagi memudahkan pengurusan koperasi ini nama Kedah ditelah dipersetujui.

Syarat nak masuk jadi ahli koperasi ini?


  1. Terbuka kapada bekas pelajar MRSM Balik Pulau dan pasangan mereka.
  2. Setiap ahli perlu menjelaskan yuran ahli bernilai RM200.
  3. Setiap ahli juga perlu mencarum syer minimum RM500. Jika hanya membayar RM200 ahli tersebut tidak layak untuk mengundi semasa mensyuarat menentukan hala-tuju koperasi dan juga tidak layak menerima dividen yang diberikan oleh koperasi. Jumlah syer RM500 boleh dibayar secara ansuran.

Semua bayaran yuran dan syer koperasi perlulah dimasukkan ke akaun koperasi iaitu akaun bank Akaun Maybank (Islamic Current Account) 552095204689

Sila hantar bukti pembayaran kepada setiausaha koperasi iaitu Azrul Sani Ali.
Sila isi borang pendaftaran koperasi dibawah.





FAQ KOPERASI

1- Pasaipa nama Koperasi Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau Kedah Berhad? Balik Pulau kat Penang.

Semasa penubuhan koperasi ni, segala urusan dan kerja asas bermula dari rakan-rakan yang tinggal di Kedah. Pendaftaran dibuat di SKM Kedah, so kena guna nama Kedah jugak. 

2- Awat yang tak buat untuk seluruh Malaysia jadi tak payah guna negeri?

Syarat penubuhan koperasi peringkat nasional perlu patuh kepada banyak undang-undang dan kekangan dalam pengurusan. Setiap negeri perlu ada wakil yang dilantik untuk menyertai AGM dan setiap negeri perlu mengadakan mensyuarat peringkat daerah untuk melantik perwakilan. Walaupun menggunakan nama Kedah tetapi di dalam undang-undang kecil coop masih terdapat larangan penduduk dari Mukim Siong, Baling dari menyertai coop ini bagi mengelak kesukaran pengurusan. Jadi bukan semua daerah di Kedah boleh menyertai coop ini.

3- Berapa yang nak kena bayar untuk join coop?

Syarat untuk join coop ialah membayar yuran ahli dan juga syer coop.
-Yuran ahli sebanyak RM200
-Syer coop bernilai RM1.00 setiap satu. Tetapi syer minimum untuk layak mendapat faedah sepenuhnya sebagai ahli ialah RM500. Bayaran syer ini boleh dibuat secara ansuran.

Setiap ahli boleh menambah syer sepanjang masa tetapi syer maksimum untuk individu ialah 20% jumlah syer sweluruh anggota.


4- Macam mana nak bayar?

Boleh bank-in ke dalam akaun Mayban 
No Akaun Maybank (Islamic Current Account) 

552095204689

lepas bank-in tolong email slip tersebut kepada azrul.sani@gmail.com

Kepada ahli berbayar sila lihat undang-undang kecil coop di sini

*nota- undang-undang kecil ini adalah salinan asal sebelum dimuktamatkan oleh SKM. yg muktamat adalah yg dicetak. dan dalam bentuk pdf.

No comments: