Perhatian

Re Union

17,18 Jan 2014

Bukit Merah

AGM Koop

Sila baca kat bawah

Monday, June 1, 2015

Reunion 2015??

Gendang sudah dipalu.....kipidap...

Saturday, May 30, 2015

AGM Ansara 2015

AGM Ansara BP telah berlangsung di Kelab Tasek Putrajaya (lagiii....) pada 30 Mei 2015 pada pukul 2 petang. Saudara Khalizul Khalid atau lebih dikenali sebagai Gholie telah bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua Cawangan Ansara Balik Pulau. Dengan sebab itu menguatkan semangat ahli SPM89 untuk turun mengundi dan sama-sama memeriahkan acara tersebut. Selepas mengundi, sesi meja bulat SPM89 telah diserikan lagi dengan kehadiran cheese cake Cik Farah dan serimuka lemak berkrim buah tangan Puan Mazza. Bab makan memang kita menang.

Setelah pengundian dilakukan, ternyata nasib tidak menyebelahi Gholie kerana kekurangan hanya 6 undi. 6 UNDI omaigod!!! Kepada ahli SPM89 yang berada di sekitar Lembah Kelang yang tidak hadir, sila rasa bersalah kerana aku yang dari Ipoh (you know who I am..Ipoh mali tatak sombong punyer) pun boleh datang mengundi, korang yang dekat-dekat pun tak mau datang. Tapi tidak mengapa. 2 tahun dari sekarang, kita perlu memastikan kewujudan SPM89 dalam exco demi memastikan aktiviti Ansara BP berjalan lancar dan ketelusan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kewangan.

Sesi bergambar selepas AGM


Saturday, May 9, 2015

Bowling Interbatch Tournament

Acara Bowling Interbatch Tournament ANSARA BP telah diadakan pada 9 Mei 2015 bertempat di Alamanda Putrajaya, bermula seawal pukul 10 pagi. Kontinjen SPM 89 turut sama-sama menyerikan acara tersebut dengan menghantar 2 team. Semuanya kelihatan segak berjersi hitam yang ditempah khas oleh Puan Rafidah dan Puan Lynn. Tahniah diucapkan kepada ahli SPM 89 yang mewakili 2 team tersebut. Tidak dilupa kepada penyumbang cash donation untuk sponsor fee dan jersi, makanan minuman sponsors demi memastikan semuanya cukup zat dan bertenaga di sepanjang permainan serta last but not least...penyokong-penyokong yang datang dari jauh dan dekat. Terimakasih daun keladi. The stars of the game semestinya adalah saudara Rosland Mohd Jannes dan Assoc. Prof Lynn. Keep up the spirit!!