UNDANG-UNDANG KECIL
UNDANG-UNDANG KECIL
KOPERASI BEKAS PELAJAR
MAKTAB RENDAH SAINS MARA
BALIK PULAU-KEDAH BERHAD
TARIKH DAFTAR
8 JUN 2009
NOMBOR DAFTAR
K-4-0502
UNDANG-UNDANG KECIL
KOPERASI BEKAS PELAJAR MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU-KEDAH BERHAD
SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL
BAHAGIAN 1
PERMULAAN
Undang-undang kecil
1.
Tajuk dan mula
berkuatkuasa
2.
Tafsiran
3.
Perubahan dari
segi nahu, jenis jantina dan bilangan
BAHAGIAN II
NAMA, ALAMAT BERDAFTAR DAN KAWASAN OPERASI
4.
Nama
5.
Alamat
6.
Kawasan operasi
BAHAGIAN III
MATLAMAT, FUNGSI DAN AKTIVITI
7.
Matlamat
8.
Fungsi
9.
Aktiviti
BAHAGIAN IV
KEANGGOTAAN
10. Anggota
11. Kelayakan menjadi anggota
12. Permohonan menjadi anggota
13. Fi masuk
14. Ikrar anggota
15. Penaerimaan menjadi anggota
16. Perolehan hak, kewajipan dan liabiliti anggota
17. Pemberian Undang-undang Kecil
18. Penama
19. Liabiliti anggota
20. Hilang kelayakan sebagai anggota
21. Terhenti menjadi anggota
22. Menarik diri
23. Penggantungan dan pembuangan anggota
24. Penyelesaian wang anggota
BAHAGIAN V
ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI
25. Mesyuarat agung
26. Mesyuarat agung tahunan
27. Mesyuarat agung khas
28. Notis mesyuarat agung
29. Kuorum mesyuarat agung
30. Undi mesyuarat agung
31. Pembatalan dan tundaan mesyuarat agung khas
32. Fungsi mesyuarat agung
33. Pengerusi mesyuarat agung
34. Lembaga koperasi
35. Kelayakan menjadi anggota Lembaga
36. Tempoh memegang jawatan anggota Lembaga
37. Lucut dan penggantungan jawatan anggota Lembaga
38. Penamatan pelantikan anggota Lembaga
39. Mesyuarat Lembaga
40. Kuorum mesyuarat Lembaga
41. Urusan mesyuarat Lembaga
42. Undi anggota Lembaga
43. Buku minit mesyuarat Lembaga
44. Kuasa dan kewajipan Lembaga
45. Liabiliti anggota Lembaga
46. Tugas pengerusi
47. Tugas setiausaha
48. Tugas bendahari
49. Jawatankuasa Audit Dalaman
50. Kelayakan menjadi Jawatankuasa Audit Dalaman
51. Tempoh memegang jawatan Jawatankuasa Audit Dalaman
52. Kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Audit Dalaman
BAHAGIAN VI
ASET DAN WANG KOPERASI
53. Wang dan kumpulan wang Koperasi
54. Modal syer
55. Simpanan khas, deposit atau pinjaman
56. Pindahan syer
57. Penyelesaian modal syer
58. Keuntungan modal
59. Kumpulan Wang Rizab Statutori
60. Simpanan khas
61. Pinjaman luar
62. Pelaburan wang
63. Pemberian pinjaman oleh Koperasi
64. Pengagihan untung bersih teraudit
65. Dividen dan potongan langganan
BAHAGIAN VII
AKAUN DAN AUDIT
66. Tahun kewangan
67. Penyelenggaraan akaun
68. Resit-resit dan baucar
69. Perlantikan dan kewajipan juruaudit
70. Penyerahan buku dan dokumen untuk diaudit
71. Mengemukakan penyata kewangan dan laporan kepada anggota
BAHAGIAN VIII
PELBAGAI
72. Akaun bank
73. Mohor koperasi
74. Pertukaran alamat anggota
75. Penyediaan dokumen untuk diperiksa
76. Penyerahan tugas
77. Laporan oleh seseorang yang dilantik mewakili Koperasi
78. Pelantikan Yang Dipertua
79. Pertikaian
80. Pemeliharaan kerahsiaan
81. Pembubaran
82. Akta, peraturan dan Undang-undang Kecil
83. Undang-undang Kecil hendaklah mengikat anggota
UNDANG-UNDANG KECIL
KOPERASI BEKAS PELAJAR MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU-KEDAH BERHAD
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk dan mula berkuatkuasa
1.
(1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan
Undang-undang Kecil Koperasi Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains
MARA Balik Pulau-Kedah Berhad.
(2) Undang-undang Kecil ini
hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya.
Tafsiran
2.
Di dalam
Undang-undang Kecil ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain
—
ÒAktaÓ ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya
dari semasa ke semasa;
ÒanggotaÓ termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran
Koperasi ini dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan
koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut Peraturan dan
Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran, sebagaimana yang ditakrifkan
menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
ÒarahanÓ ertinya arahan-arahan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa;
Òaturan-aturanÓ ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa
bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk
kepada peruntukan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Undang-undang Kecil dan
kelulusan mesyuarat agung;
ÒdividenÓ ertinya bahagian keuntungan Koperasi ini yang dibahagikan di kalangan
anggota-anggotanya mengikut kadar modal syer dan yuran yang dipegang oleh
mereka, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
ÒelaunÓ ertinya saraan yang dibayar kepada seseorang anggota Lembaga atau
Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Koperasi ini sebagai balasan kerana khidmatnya
yang diberikan kepada Koperasi ini secara tetap;
Ògaris
panduanÓ ertinya
garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada
Koperasi dari semasa ke semasa;
ÒhonorariumÓ ertinya suatu bahagian keuntungan bersih teraudit koperasi yang
diagihkan antara beberapa atau semua anggota Lembaga sebagai balasan bagi
perkhidmatan mereka yang lazimnya tidak diberi saraan, sebagaimana yang
ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
Òkawasan
operasiÓ ertinya kawasan di mana Koperasi
ini dibolehkan mendapat anggotanya, sebagaimana yang ditakrifkan menurut
Peraturan;
ÒkeluargaÓ
ertinya orang yang dihubungkan melalui pertalian darah dan perkahwinan dengan
anggota Koperasi ini serta pengambilan anak angkat yang sah dari segi undang-undang
oleh mana-mana anggota keluarga, termasuklah sesiapa yang ada hubungan
kekeluargaan dengan anggota Koperasi ini
Òkesalahan
boleh daftarÓ ertinya kesalahan yang boleh
didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah-penjenayah dan Orang-orang Tak
Diingini 1969, sebagaimana yang ditakrifkan menurut Jadual Pertama dan Kedua
kepada Akta itu;
ÒKoperasiÓ atau "Koperasi ini" ertinya Koperasi Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau-Kedah Berhad;
ÒLembagaÓ ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan
hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut
seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
ÒMARAÓ ertinya Majlis Amanah Rakyat yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah
Rakyat 1966;
ÒMenteriÓ
ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan
tanggungjawab pembangunan koperasi, sebagaimana yang ditakrifkan menurut
seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
ÒpegawaiÓ
berhubung dengan koperasi ertinya seorang
pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga, dan termasuklah
ketua pegawai eksekutif, mana-mana orang yang diberikuasa oleh Lembaga, Peraturan
atau perintah atau Undang-undang Kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan
urusan Koperasi ini, atau mana-mana pekerja, sebagaimana yang ditakrifkan
menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
ÒpelantikanÓ termasuklah apa-apa pelantikan atau pelantikan semula, sebagaimana yang
ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
ÒPengerusi
EksekutifÓ ertinya Pengerusi Eksekutif
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2
Akta Koperasi 1993;
ÒPeraturanÓ ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Koperasi 1993 dan
pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
Òpotongan
langgananÓ ertinya bahagian keuntungan
Koperasi ini yang dibahagikan di kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar
banyaknya perniagaan yang dilakukan oleh mereka dengan Koperasi ini dan yang
daripadanya keuntungan Koperasi ini diperolehi, sebagaimana yang ditakrifkan
menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
Òprinsip
koperasiÓ termasuklah —
(a)
keanggotaan
sukarela dan terbuka;
(b)
kawalan
demokratik oleh anggota;
(c)
penglibatan
ekonomi oleh anggota;
(d)
autonomi dan
kebebasan;
(e)
pendidikan,
latihan dan maklumat;
(f)
kerjasama antara
koperasi; dan
(g)
mengambil berat
terhadap masyarakat,
sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
ÒpulanganÓ termasuklah apa-apa bentuk sewaan, pulangan, dividen atau faedah,
termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau akan diberikan
berhubung dengan apa-apa urusniaga, transaksi atau surat cara, sebagaimana yang
ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
ÒsabitanÓ termasuklah sesuatu dapatan bersalah dan pembuktian kesalahan,
sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
Òsimpanan
khasÓ ertinya wang yang didepositkan
oleh seseorang anggota dengan Koperasi ini dengan niat nyata untuk menggunakan
wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan di
bawah Peraturan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi
1993;
ÒsubsidiariÓ ertinya sesuatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta
Syarikat 1965, yang komposisi Lembaga Pengarahnya atau lebih daripada separuh
kuasa mengundinya dikawal oleh Koperasi ini, atau yang lebih daripada separuh
modal syer diterbitkannya dipegang oleh Koperasi ini, dan termasuklah sesuatu
subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu, bagi syarikat itu,
sebagaimana yang ditakrifkan
menurut seksyen 2 Akta
Koperasi 1993;
ÒSuruhanjayaÓ ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, sebagaimana yang ditakrifkan menurut
seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
ÒsyerÓ ertinya bahagian dalam modal syer Koperasi ini yang disumbangkan oleh
seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam Koperasi ini,
sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
ÒTribunal KoperasiÓ ertinya
Tribunal Koperasi yang ditubuhkan menurut seksyen 83 Akta Koperasi 1993;
ÒUndang-undang
KecilÓ ertinya Undang-undang Kecil
berdaftar yang dibuat oleh Koperasi ini pada menjalankan apa-apa kuasa yang
diberikan oleh Akta Koperasi 1993 dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar undang-undang
kecil, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
Òwang
berlebihanÓ ertinya tertakluk kepada Peraturan,
wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh Koperasi ini bagi kegunaan segera
sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan atau dilaburkan
di luar Koperasi ini tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan itu, sebagaimana
yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
Perubahan
dari segi nahu, jenis jantina dan bilangan
3.
(1) Jika mana-mana perkataan atau perbahasan
ditakrif dalam sesuatu undang-undang bertulis, takrif itu hendaklah diperluaskan
kepada segala perubahan nahu dan perbahasan kognat perkataan itu atau
perbahasan yang ditakrifkan.
(2) Perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan yang memaksudkan
jenis lelaki meliputi perempuan.
(3) Perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan dalam bilangan
tunggal meliputi bilangan jamak, dan perkataan-perkataan dan
perbahasan-perbahasan dalam bilangan jamak meliputi bilangan tunggal.
BAHAGIAN II
NAMA, ALAMAT
BERDAFTAR DAN KAWASAN OPERASI
Nama
4.
Menurut
subseksyen 7(4) dan (5) Akta, Koperasi ini hendaklah dinamakan Koperasi Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains
MARA Balik Pulau-Kedah Berhad.
Alamat
5.
(1) Alamat yang didaftarkan bagi Koperasi ini
ialah 3049, Taman PKNK, 05200 alor
Setar, Kedah Darul Aman.
(2) Koperasi hendaklah memberitahu kepada Suruhanjaya dalam tempoh
tiga puluh hari tentang tiap-tiap pertukaran alamat menurut seksyen 11 Akta.
Kawasan
operasi
6.
Kawasan operasi
Koperasi ini Negeri Kedah Darul Aman
kecuali Mukim Permatang Pasir.
BAHAGIAN III
MATLAMAT, FUNGSI
DAN AKTIVITI
Matlamat
7.
Menurut
subseksyen 4(1) Akta, matlamat Koperasi ini ialah untuk meningkatkan
kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.
Fungsi
8.
Fungsi utama
Koperasi ini ialah pengguna.
Aktiviti
9.
(1) Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut
undang-undang kecil 7 amnya dan 8 khasnya, Koperasi boleh, tertakluk kepada
peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
(a)
menjalankan
perniagaan mini market, restoran dan lain-lain aktiviti pengguna;
(b)
menjalankan
aktiviti kerja kontrak dan pembekalan;
(c)
menjalankan
aktiviti pemasaran, perlancongan, pengangkutan, dan ICT;
(d)
menjalankan
aktiviti industri kampung dan perkilangan;
(e)
menjalankan
aktiviti berkaitan pertanian termasuklah
perladangan, penternakan, perikanan, bioteknologi dan industri asas tani;
(f)
menjalankan
aktiviti perumahan dan pembagunan hartanah;
(g)
menjalankan aktiviti kebajikan
anggota, pendidikan dan perniagaan;
(h)
membeli,
menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak,
menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
(i)
melaburkan wang
berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
(j)
mengadakan
subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;
(k)
menyertai
usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain; dan
(l)
mengadakan aktiviti
lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung.
(2) Bagi menjayakan aktiviti menurut fasal (1), Koperasi boleh mendapatkan—
(a)
modal dengan
cara mengumpul syer, yuran, deposit, pinjaman atau simpanan khas daripada
anggota; dan
(b)
deposit atau
pinjaman daripada bukan anggota dengan kelulusan Suruhanjaya menurut perenggan
50(e), subseksyen 52(2), seksyen 52A
Akta dan Peraturan.
(3) Bagi mengendalikan sesuatu aktiviti menurut fasal (1), Lembaga hendaklah
membuat aturan aktiviti yang sesuai yang diluluskan oleh mesyuarat agung dan
satu salinan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh
hari selepas diluluskan oleh mesyuarat agung itu.
(4) Bagi melaksanakan skim berhubung dengan simpanan khas, deposit atau
pinjaman menurut Peraturan, Lembaga hendaklah —
(a)
menyediakan
suratcara berasingan yang menyatakan dengan jelas terma dan syarat-syarat bagi
skim tersebut;
(b)
mengemukakan
suratcara skim itu kepada mesyuarat agung untuk kelulusan; dan
(c)
mengemukakan
satu salinan suratcara yang diluluskan itu kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga
puluh hari selepas diluluskan oleh mesyuarat agung itu.
(5) Walau apa pun peruntukan undang-undang kecil ini, setiap aktiviti yang
hendak dijalankan adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan mana-mana
undang-undang bertulis lain.
BAHAGIAN IV
KEANGGOTAAN
Anggota
10.
Anggota-anggota
Koperasi ini termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan
mendaftarkan Koperasi ini dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung
permulaan Koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota menurut
Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran Koperasi.
Kelayakan menjadi anggota
11.
(1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA
Balik Pulau yang menetap di Negeri Kedah Darul Aman kecuali Mukim Siong,
Baling, Kedah, dan pesangan serta anak-anak.
(2) Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah —
(a)
warganegara
Malaysia;
(b)
telah mencapai
umur lapan belas tahun;
(c)
bermastautin
atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
(d)
bukan seorang
yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar atau tidak upaya dari segi
mental atau seorang bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada
keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
Permohonan menjadi anggota
12.
Permohonan
menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan
dialamatkan kepada setiausaha koperasi atau pegawai koperasi yang
dipertanggungjawabkan.
Fi masuk
13.
(1) Tiap-tiap permohonan menjadi anggota
hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM200.00 (Ringgit: dua ratus). Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada
pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
(2) Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi
masuk sebanyak RM500.00 (Ringgit: lima
ratus).
(3) Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk
menjadi anggota dalam tempoh enam bulan selepas kematian anggota itu, tidak
dikenakan fi masuk.
(4) Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.
Ikrar anggota
14.
(1) Seseorang yang memohon untuk menjadi
anggota hendaklah diminta menandatangani suatu ikrar bahawa dia —
(a)
akan terikat
dengan Undang-undang Kecil ini dan aturan-aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa
pindaan;
(b)
bukan seorang
bankrap yang belum dilepaskan;
(c)
bukan seorang
yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh
daftar; dan
(d)
tidak pernah
dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana pemohon yang enggan menandatangani ikrar tersebut tidak boleh
diterima menjadi anggota.
(3) Seseorang yang telah menjadi anggota dengan sebab turut sama dalam
membuat permohonan bagi pendaftaran Koperasi ini dan mereka yang telah
menandatangani minit mesyuarat agung permulaan Koperasi ini, dikehendaki
menandatangani ikrar seperti dalam fasal (1) dalam tempoh empat puluh lima hari
selepas diterima perakuan pendaftaran Koperasi. Kegagalan menandatangani ikrar
tersebut boleh menyebabkan dia disingkir.
Penerimaan
menjadi anggota
15.
Permohonan
menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga dalam mesyuaratnya yang
boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu tanpa menyatakan
sebab-sebabnya. Seseorang yang diterima menjadi anggota hendaklah diberitahu secara
bertulis dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas
penerimaannya itu.
Perolehan
hak, kewajipan dan liabiliti anggota
16.
Menurut seksyen
28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM500.00 (Ringgit: lima ratus) syer boleh melaksanakan segala hak,
kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana yang terkandung di
dalam Undang-undang Kecil ini.
Pemberian
Undang-undang Kecil
17.
Tiap-tiap
anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undang-undang Kecil ini. Naskhah
tambahan akan dikenakan bayaran sebanyak yang ditetapkan oleh Lembaga.
Penama
18.
(1) Tiap-tiap anggota Muslim hendaklah
menamakan seorang wakil di sisi undang-undang untuk menerima setelah dia mati,
wang yang terhak baginya di dalam Koperasi ini bagi diagihkan kepada waris yang
berhak mengikut hukum Islam.
(2) Tiap-tiap anggota yang bukan Muslim hendaklah menamakan seorang atau
lebih daripada seorang sebagai penama.
(3) Anggota itu boleh dari semasa ke semasa membatalkan atau menukar penamaan
tersebut dan hendaklah memberitahu Koperasi akan perubahan, jika ada, mengenai
penamaan itu.
(4) Penamaan hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi.
(5) Tertakluk kepada undang-undang kecil 11, seseorang penama boleh diterima
menjadi anggota dan penama yang demikian itu hendaklah dianggap telah menjadi
anggota mulai tarikh anggota yang digantikannya itu diterima sebagai anggota.
Liabiliti
anggota
19.
(1) Liabiliti seseorang anggota hendaklah
terhad kepada jumlah syer dan yuran yang dimilikinya sekiranya pendaftaran
Koperasi ini dibatalkan.
(2) Liabiliti seseorang bekas anggota hendaklah tidak berterusan lebih
daripada dua tahun dari tarikh keanggotaannya terhenti, menurut subseksyen
35(1) Akta.
(3) Harta pusaka seseorang anggota yang telah mati tidak bertanggungan bagi
hutang Koperasi ini, sebagaimana yang ada pada tarikh kematiannya, melebihi tempoh
dua tahun dari tarikh kematian itu menurut subseksyen 35(2) Akta.
(4) Harta pusaka menurut fasal (3) adalah syer dan yuran dalam Koperasi ini.
Hilang kelayakan sebagai anggota
20.
Seseorang anggota
akan hilang kelayakannya sebagai anggota jika dalam tempoh menjadi anggota, dia
—
(a)
tidak upaya dari
segi mental;
(b)
seorang bankrap
yang belum dilepaskan;
(c)
seorang yang
terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar;
(d)
telah dibuang daripada
menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi
berlalu dari tarikh pembuangan itu; atau
(e)
tidak lagi bermastautin,
mempunyai hartanah dan bekerja dalam kawasan operasi Koperasi.
Terhenti
menjadi anggota
21.
(1) Keanggotaan seseorang anggota terhenti
atas sebab berikut:
(a)
mati;
(b)
menarik diri menurut
undang-undang kecil 22; atau
(c)
dibuang menurut undang-undang
kecil 23.
(2) Lembaga hendaklah menyingkir seseorang anggota yang —
(a)
didapati membuat
ikrar palsu menurut undang-undang kecil 14;
(b)
hilang kelayakan
sebagai anggota menurut undang-undang kecil 20;
(c)
terhenti
keanggotaannya menurut perenggan (c)
fasal (1);
(d)
gagal
menjelaskan syer minimum menurut undang-undang kecil 54; atau
Menarik diri
22.
(1) Seseorang anggota boleh menarik diri daripada
Koperasi ini dengan memberi notis bertulis enam bulan terlebih dahulu kepada
Lembaga. Atas sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri
dalam tempoh yang singkat.
(2) Melainkan tarikh lebih awal dipersetujui oleh Lembaga, maka keanggotaan
anggota itu hendaklah terhenti hanya pada hari genap tempoh notisnya.
(3) Dalam tempoh notis itu, anggota yang demikian hendaklah masih mempunyai
hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota.
Penggantungan
dan pembuangan anggota
23.
(1) Seseorang anggota hendaklah dianggap
telah bertindak memudaratkan kepentingan Koperasi dan boleh digantung
keanggotaannya jika didapati melakukan mana-mana satu daripada perkara berikut :
(a)
merujukkan
pertikaian atau aduan kepada mana-mana orang selain daripada Suruhanjaya;
(b)
membuat
kenyataan dalam akhbar atau mana-mana media massa mengenai Koperasi ini tanpa
kebenaran Lembaga;
(c)
membuat tuduhan
palsu ke atas anggota Lembaga atau anggota atau bekas anggota atau pekerja
Koperasi ini;
(d)
memburuk-burukkan
Koperasi sehingga mencemarkan nama baik dan menjejaskan urusan perniagaan
Koperasi ini; atau
(e)
bertindak di
luar etika mesyuarat di dalam mana-mana mesyuarat sehingga menjejaskan perjalanan mesyuarat itu.
(2) Keputusan untuk menggantung keanggotaan seseorang anggota boleh dibuat
oleh Lembaga hanya setelah anggota yang berkenaan itu diberitahu secara
bertulis mengenai tuduhan yang jelas terhadapnya dan diberi peluang untuk
menyatakan sebab mengapa keanggotaannya tidak boleh digantung.
(3) Tiap-tiap kes penggantungan hendaklah dibentangkan kepada mesyuarat
agung yang terawal dan dijadikan sebagai agenda pertama, dan anggota yang
digantung keanggotaannya itu hendaklah diberitahu secara bertulis tidak kurang
daripada lima belas hari sebelum diadakan mesyuarat, berkaitan tarikh, masa,
tempat dan haknya untuk membela diri akan dijalankan di mesyuarat itu.
(4) Sebelum mengesahkan atau mengetepikan penggantungan itu, mesyuarat agung
hendaklah mendengar penjelasan anggota yang digantung oleh Lembaga itu, jika
dia memilih untuk memberi penjelasan, dan keanggotaannya tidak lucut melainkan
jika mesyuarat agung dengan undi dua pertiga daripada anggota yang hadir
membuat keputusan membuangnya.
(5) Sekiranya anggota berkenaan tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat
agung tanpa sebab yang munasabah atau menghadiri mesyuarat agung tetapi tidak
membuat pembelaan diri, anggota berkenaan dianggap bersetuju dengan
penggantungan itu dan penggantungan itu dianggap sah.
(6) Sehingga perkara penggantungan keanggotaannya diputuskan oleh mesyuarat
agung, anggota yang berkenaan itu tidak mempunyai apa-apa hak dan kewajipan
sebagai anggota melainkan hak menyuarakan hal penggantungan keanggotaannya itu
di dalam mesyuarat agung.
Penyelesaian
wang anggota
24.
(1) Jika seseorang anggota terhenti daripada
menjadi anggota Koperasi ini menurut undang-undang kecil 21, semua wang
kepunyaannya melainkan nilai syer miliknya, setelah ditolak hutangnya dengan
Koperasi ini hendaklah—
(a)
sekiranya dia
ditamatkan keanggotaannya, dikembalikan kepadanya dengan segera tanpa apa-apa
syarat;
(b)
sekiranya dia hilang
keupayaan dari segi mental dan tiada pentadbir atau pemegang amanah bagi
hartanya yang telah dilantik, dikembalikan kepada sesiapa yang difikirkan wajar
untuk menerima bagi pihaknya sebaik sahaja penerima itu ditentukan;
(c)
sekiranya dia
mati, dikembalikan kepada penamanya atau warisnya atau wakilnya yang sah,
menurut seksyen 24 Akta, disyaratkan bahawa bagi seseorang anggota Muslim,
pengembalian tidak boleh dibuat melainkan kepada wakilnya yang sah atau kepada
Pegawai Pentadbir Pusaka jika selepas enam bulan dari tarikh kematiannya,
wakilnya yang sah tidak dapat dipastikan atau tidak dilantik;
(d)
sekiranya dia
menarik diri, dikembalikan kepadanya selepas akhir tempoh notis; dan
(e)
sekiranya dia
tidak lagi bermastautin, mempunyai hartanah dan bekerja dalam kawasan operasi
Koperasi, dikembalikan kepadanya dengan sewajarnya.
(2) Penyelesaian mengenai syer seseorang yang terhenti
keanggotaannya sebagaimana yang ditentukan dalam akaun teraudit terakhir
Koperasi ini, hendaklah tertakluk kepada peruntukan undang-undang kecil 56 dan
57.
BAHAGIAN V
ORGANISASI DAN
PENGURUSAN KOPERASI
Mesyuarat agung
25.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta,
Peraturan, arahan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari
semasa ke semasa dan Undang-undang Kecil, kuasa tertinggi bagi Koperasi ini
hendaklah terletakhak pada mesyuarat agung, menurut seksyen 36 Akta, yang
padanya tiap-tiap anggota mempunyai hak untuk hadir dan mengundi.
(2) Mesyuarat agung hendaklah terbahagi kepada dua jenis iaitu mesyuarat
agung tahunan dan mesyuarat agung khas.
Mesyuarat agung
tahunan
26.
Mesyuarat agung
tahunan menurut subseksyen 39(1) Akta, hendaklah diadakan tidak lewat daripada
enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau tempoh yang lebih
panjang sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya.
Mesyuarat agung
khas
27.
(1) Lembaga pada bila-bila masa boleh, atau
apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima
atau satu ratus anggota mengikut mana yang kurang hendaklah, memanggil suatu
mesyuarat agung khas menurut subseksyen 40(1) Akta.
(2) Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya menurut subseksyen 40(2) Akta, boleh memanggil pada bila-bila masa
suatu mesyuarat agung khas, mengikut cara, masa dan tempat yang diarahkannya,
dan boleh menentukan perkara-perkara yang hendaklah dibincangkan oleh mesyuarat
itu, dan mesyuarat itu hendaklah mempunyai segala kuasa dan tertakluk kepada
kaedah yang sama seperti mesyuarat agung yang dipanggil menurut Akta atau Undang-undang
Kecil ini.
Notis mesyuarat
agung
28.
(1) Notis bagi sesuatu mesyuarat agung
hendaklah diberi kepada anggota dalam tempoh tidak kurang daripada lima belas
hari sebelum diadakan mesyuarat agung itu.
(2) Notis hendaklah menentukan tarikh, masa, tempat dan agenda
mesyuarat dan bagi mesyuarat agung tahunan hendaklah disertakan —
(a)
akaun-akaun dan
kunci kira-kira Koperasi ini dan subsidiarinya, jika ada, yang teraudit;
(b)
belanjawan bagi
tahun kewangan yang akan datang;
(c)
laporan Lembaga;
(d)
laporan
Jawatankuasa Audit Dalaman; dan
(e)
dokumen-dokumen
lain yang berkaitan.
(3) Satu salinan notis hendaklah dipamerkan di pejabat Koperasi
ini dan sebagai tambahan boleh juga diterbitkan di dalam mana-mana akhbar
tempatan.
(4) Menurut seksyen 41 Akta, Lembaga hendaklah memberi kepada
Suruhanjaya notis bertulis yang mengandungi maklumat berkaitan tarikh, masa,
tempat dan agenda mesyuarat agung yang akan diadakan oleh Koperasi dalam tempoh
tidak kurang daripada lima belas hari sebelum diadakan mesyuarat agung itu.
Kuorum
mesyuarat agung
29.
(1) Kuorum bagi sesuatu mesyuarat agung bagi
apa-apa maksud adalah seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan.
(2) Kuorum bagi mesyuarat agung kerana meminda Undang-undang Kecil
ini, hendaklah dua pertiga dari jumlah anggota, melainkan kuorum terkurang
dibenarkan oleh Suruhanjaya, menurut Peraturan.
(3) Bagi sesuatu mesyuarat agung khas yang dipanggil oleh
Suruhanjaya menurut fasal (2) undang-undang kecil 27 yang ditunda —
(a)
kuorum hendaklah
tidak kurang daripada dua kali ganda bilangan anggota Lembaga; dan
(b)
keputusan boleh
dibuat dengan kelebihan undi dua pertiga daripada anggota yang hadir dan layak
mengundi menurut Peraturan.
Undi
mesyuarat agung
30.
(1) Semua perbahasan kecuali yang berkaitan
dengan pindaan Undang-undang Kecil hendaklah diputuskan dengan majoriti mudah
undi anggota yang hadir sebagaimana di dalam daftar kehadiran.
(2) Jika undi sama banyak, maka usul yang diundi itu hendaklah disifatkan
kalah. Anggota yang berkecuali
dianggap tidak menyokong usul itu.
(3) Pengerusi mesyuarat tidak mempunyai undi pemutus.
**************************
(4) Setiap usul hendaklah dikemukakan kepada Koperasi dengan suatu notis
yang tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan sebelum mesyuarat agung.
Usul hanya boleh dibincangkan dan diputuskan setelah dibentangkan oleh pembawa
usul. Usul akan gugur dengan sendirinya jika pembawa usul gagal
membentangkannya.
(5) Ketetapan bagi meminda Undang-undang Kecil di dalam mesyuarat agung
hendaklah diputuskan oleh anggota sekiranya kehadiran ―
(a) dua pertiga daripada bilangan anggota, dengan suatu majoriti mudah; atau
(b) dengan kuorum yang terkurang yang diisytiharkan oleh Suruhanjaya, dengan
kelulusan dua pertiga daripada anggota yang hadir bersetuju dengan cadangan
itu.
Pembatalan dan tundaan mesyuarat agung khas
31.
(1) Jika selepas tiga puluh minit daripada
waktu yang ditetapkan bagi sesuatu mesyuarat agung khas itu bilangan anggota
yang hadir masih belum mencukupi kuorum, maka mesyuarat agung itu —
(a) dibatalkan,
jika dipanggil oleh Lembaga atau atas rekuisisi anggota; atau
(b) ditunda,
jika dipanggil oleh Suruhanjaya menurut subseksyen 40(2) Akta.
(2) Bagi mesyuarat yang ditunda menurut perenggan (b) fasal (1) —
(a) tarikh
mesyuarat tertunda hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari tetapi
tidak lebih daripada tiga puluh hari; dan
(b) notis
penundaan hendaklah diposkan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh mesyuarat yang
ditunda.
(3) Perkara-perkara yang telah dicadangkan bagi mesyuarat agung
yang ditunda hendaklah dibincangkan pada mesyuarat tertunda itu. Jika terdapat
perubahan kepada perkara-perkara yang telah dicadangkan itu, notis baru menurut
fasal (1) undang-undang kecil 28 hendaklah diberi kepada tiap-tiap anggota bagi
mesyuarat tertunda itu.
Fungsi
mesyuarat agung
32.
(1) Menurut Peraturan, fungsi mesyuarat agung
hendaklah termasuk yang berikut:
(a)
mengesahkan
minit mesyuarat agung tahunan yang terdahulu dan mana-mana mesyuarat agung khas
yang berselang;
(b)
menimbang
laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman;
(c)
menimbang dan
meluluskan akaun-akaun teraudit Koperasi dan subsidiarinya, jika ada, bersama
dengan laporan juruaudit;
(d)
memilih anggota
Lembaga;
(e)
menimbang dan
meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan yang akan datang;
(f)
meluluskan elaun
kepada anggota Lembaga dan saraan kepada anggota Lembaga yang dilantik sebagai
pengarah bagi subsidiari Koperasi, jika ada;
(g)
meluluskan
pelantikan satu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua firma
audit untuk mengaudit akaun-akaun Koperasi;
(h)
menimbang dan
meluluskan skop dan had pelaburan daripada wang berlebihan Koperasi;
(i)
menentukan had
maksimum keterhutangan Koperasi;
(j)
melantik suatu
jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota dan empat orang anggota
Lembaga untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan;
(k)
menimbang dan
meluluskan pembahagian keuntungan;
(l)
mengisytihar
atau menerbitkan syer bonus, jika ada;
(m)
mendengar,
menimbang atau memutuskan apa-apa usul atau urusan lain koperasi yang suatu
notis yang tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan;
(n)
menimbang dan
meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada Undang-undang Kecil Koperasi, jika
ada;
(o)
mendengar dan
memutuskan apa-apa aduan, yang suatu notis yang tidak kurang daripada tujuh
hari telah dikemukakan kepada Koperasi yang dikemukakan oleh anggota yang
terkilan dengan sesuatu keputusan Lembaga;
(p)
meluluskan
apa-apa perbelanjaan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman; dan
(q)
menimbang dan
meluluskan apa-apa laporan yang hendak dikemukakan menurut Akta dan Peraturan,
jika ada.
(2) Perkara-perkara menurut perenggan (a), (b), (c), (d) dan (e)
fasal (1) hendaklah diputuskan di dalam mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat
agung khas yang dipanggil oleh Suruhanjaya, menurut subseksyen 40(2) Akta.
(3) Minit-minit mesyuarat agung hendaklah dicatatkan dan satu
salinan hendaklah diserahkan kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari
selepas tarikh mesyuarat agung itu, menurut perenggan 14(1)(b) Akta.
(4) Mesyuarat agung boleh menamatkan pelantikan kesemua atau
mana-mana anggota Lembaga dengan syarat usul secara bertulis telah diterima
oleh Koperasi dalam tempoh tujuh hari sebelum mesyuarat agung diadakan.
Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.
Pengerusi
mesyuarat agung
33.
(1) Mesyuarat hendaklah memilih mana-mana
anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat agung.
(2) Pengerusi dengan persetujuan mesyuarat boleh menangguhkan
mesyuarat agung —
(a)
dalam tempoh
tujuh hari dari tarikh mesyuarat asal;
(b)
di dalam kawasan
operasi Koperasi; dan
(c)
menjalankan
urusan mesyuarat yang asal sahaja.
(3) Notis tidak perlu bagi mesyuarat yang ditangguhkan itu.
Lembaga
Koperasi
34.
Lembaga Koperasi
hendaklah mengandungi enam orang
yang terdiri daripada anggota yang dipilih oleh mesyuarat agung, menurut
seksyen 42 Akta dan perenggan (d)
fasal (1) undang-undang kecil 32.
Kelayakan
menjadi anggota Lembaga
35.
(1) Tiada seorang pun layak menjadi anggota
Lembaga atau kekal sebagai seorang anggota Lembaga, jika dia —
(a)
telah disabitkan
atas suatu kesalahan di bawah Akta;
(b)
telah dipecat
sebagai seorang pegawai sesuatu koperasi;
(c)
menjadi anggota
Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Koperasi ini;
(d)
ada percanggahan
kepentingan diri dalam mana-mana aktiviti yang diusahakan oleh Koperasi ini; atau
(e)
belum genap
tempoh dua tahun menjadi anggota setelah Koperasi didaftarkan melebihi dua
tahun.
(2) Walau
apa pun fasal (5) undang-undang kecil 18, seorang penama atau wakil yang
diterima menjadi anggota yang belum genap tempoh dua tahun dari tarikh diterima
menjadi anggota tidak layak untuk dipilih menjadi anggota Lembaga.
Tempoh
memegang jawatan anggota Lembaga
36.
(1) Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada
anggota Lembaga hendaklah mengosongkan jawatan secara bergilir-gilir pada
tiap-tiap mesyuarat agung tahunan.
(2) Penggiliran yang ditetapkan menurut fasal (1) hendaklah diulangi
tiap-tiap tahun bagi dua pertiga anggota Lembaga yang selainnya supaya pada
permulaan tahun keempat atau lebih awal daripada itu, kesemua anggota Lembaga
hendaklah telah mengosongkan jawatan masing-masing sekurang-kurangnya sekali
dalam tempoh tiga tahun sebelum itu.
(3) Pelantikan seseorang anggota Lembaga yang dibuat di bawah
subsubperenggan 69(1)(iv)(B) Akta tidak tertakluk kepada fasal (2).
(4) Kekosongan jawatan anggota Lembaga hendaklah dalam tempoh enam
puluh hari dari tarikh kekosongan itu diisi oleh Lembaga dengan melantik
mana-mana anggota yang berkelayakan dan perkhidmatannya hendaklah tamat
sehingga mesyuarat agung akan datang.
Lucut dan
penggantungan jawatan anggota Lembaga
37.
(1) Seseorang anggota Lembaga akan lucut
jawatannya dengan serta-merta jika dia —
(a)
disabitkan atas
kesalahan boleh daftar atau kesalahan di bawah Akta atau Peraturan;
(b)
menerima apa-apa
pelantikan tetap yang bergaji dalam Koperasi ini;
(c)
tidak hadir di
dalam mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut, melainkan dengan sebab-sebab
yang boleh diterima oleh Lembaga yang telah dimaklumkan terlebih dahulu; atau
(d)
hilang kelayakan
sebagai anggota, menurut undang-undang kecil 20.
(2) Seseorang anggota Lembaga hendaklah digantung dari jawatannya jika—
(a)
sesuatu langkah
perbicaraan diambil terhadap anggota itu mengenai sesuatu kesalahan boleh
daftar atau sesuatu kesalahan menurut subseksyen 47(1) Akta; atau
(b)
majoriti anggota
Lembaga berpuas hati bahawa anggota itu telah bertindak dengan cara yang
memudaratkan kepentingan Koperasi ini, menurut Peraturan.
****************
(3) Sebelum sesuatu tindakan penggantungan jawatan dibuat, anggota Lembaga itu
hendaklah ―
(a) diberitahu
akan kesalahan yang telah dilakukannya secara bertulis dan dinyatakan haknya
untuk membela diri di dalam mesyuarat agung; dan
(b) diberi
peluang untuk menyatakan sebab mengapa tindakan penggantungan tidak boleh
diambil terhadapnya dalam tempoh lima belas hari dari tarikh surat
pemberitahuan.
(4) Anggota Lembaga yang dikenakan tindakan penggantungan itu hendaklah―
(a) diberhentikan
semua hak atau fungsi atau tugas berkenaan dengan jawatan itu; dan
(b) diberhentikan
semua saraan yang diterima semasa memegang jawatan dan saraan akan dibayar
kepadanya jika mesyuarat agung mengetepikan penggantungannya.
******************************
(5) Tiap-tiap kes penggantungan menurut perenggan (b) fasal (2), hendaklah—
(a)
didengar oleh
mesyuarat agung yang terawal diadakan selepas penggantungan itu;
(b)
anggota itu diberi
notis bertulis tentang mesyuarat agung yang akan memutuskan kes penggantungannya
dalam masa tujuh hari sebelum
diadakan mesyuarat agung;
(c)
anggota itu
diberi peluang membela diri dalam mesyuarat agung tersebut; dan
(d)
keputusan
penggantungan anggota tersebut hendaklah tertakluk kepada pengesahan atau
pengetepian oleh majoriti anggota yang hadir di dalam mesyuarat agung itu.
***************************
(6) Sekiranya anggota Lembaga berkenaan tidak menghadirkan diri dalam
mesyuarat agung tanpa sebab yang munasabah atau menghadiri mesyuarat agung
tetapi tidak membuat pembelaan diri, anggota Lembaga berkenaan dianggap
bersetuju dengan penggantungan itu dan penggantungan itu dianggap sah.
(7) Jika mesyuarat agung mengesahkan penggantungan menurut perenggan (d) fasal (5), dia hendaklah dilucutkan
jawatannya dengan serta merta.
****************************
Penamatan pelantikan anggota Lembaga
38.
(1) Walau apa pun peruntukan fasal (1) undang-undang
kecil 36, mesyuarat agung hendaklah mempunyai kuasa, menurut Peraturan—
(a)
untuk menamatkan
pelantikan mana-mana atau kesemua anggota Lembaga pada bila-bila masa; dan
(b)
memilih gantinya
dengan syarat bahawa usul secara bertulis untuk menamatkan pelantikan anggota
Lembaga itu hendaklah disampaikan kepada Koperasi dalam tempoh tujuh hari
sebelum mesyuarat agung itu diadakan.
(2) Keputusan untuk menamatkan pelantikan seseorang atau kesemua
anggota Lembaga hanya boleh dibuat selepas mesyuarat agung itu mendengar
penjelasan anggota atau anggota Lembaga yang terlibat.
(3) Anggota yang ditamatkan pelantikannya menurut Undang-undang
Kecil ini tidak boleh dilantik semula sehingga mesyuarat agung tahunan yang
akan datang.
Mesyuarat Lembaga
39.
(1) Mesyuarat Lembaga pertama hendaklah —
(a)
diadakan sebaik
sahaja selesai mesyuarat agung tahunan; dan
(b)
melantik di
kalangan anggota Lembaga seorang pengerusi, setiausaha dan bendahari.
(2) Mesyuarat Lembaga yang berikutnya hendaklah diadakan
sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga
bulan.
(3) Mesyuarat Lembaga hendaklah juga diadakan sekiranya —
(a)
Suruhanjaya
mengeluarkan arahan; atau
(b)
tujuh orang
anggota Lembaga membuat permintaan bertulis menyatakan perkara-perkara yang
hendak dibincangkan.
(4) Keputusan mesyuarat anggota Lembaga adalah sah walaupun —
(a)
ketidakhadiran
mana-mana Lembaga.
(b)
terdapat
kecacatan yang kemudiannya diketahui dalam pelantikan atau kelayakan mana-mana
Lembaga atau pembentukan Lembaga;
(c)
terdapat
peninggalan, kecacatan atau salah aturan mesyuarat; atau
(d)
kehadiran atau penyertaan
seseorang yang bukan anggota Lembaga;
(5) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang ke mesyuarat dan
orang tersebut —
(a)
boleh memberi
nasihat berkenaan dengan apa-apa perkara yang dibincangkan;
(b)
tidak boleh
mengundi; dan
(c)
boleh dibayar
elaun atau perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(6) Semasa ketiadaan pengerusi, seorang daripada anggota Lembaga
lain yang hadir boleh dipilih untuk mempengerusikan mesyuarat.
Kuorum mesyuarat
Lembaga
40.
Kuorum mesyuarat
Lembaga hendaklah melebihi satu perdua daripada bilangan anggota Lembaga
menurut undang-undang kecil 34.
Urusan mesyuarat Lembaga
41.
Urusan mesyuarat
Lembaga hendaklah termasuk yang berikut:
(a) mengesahkan minit mesyuarat Lembaga terdahulu;
(b) membincangkan perkara berbangkit;
(c) mengkaji, membincang, menimbang dan memutuskan di mana berkenaan,
perkara-perkara berikut:
(i)
keputusan-keputusan
mesyuarat agung dan menentukan tindakan-tindakan;
(ii) laporan Jawatankuasa Audit Dalaman;
(iii) laporan pengurusan;
(iv) permohonan menjadi anggota Koperasi;
(v)
permohonan
berhenti daripada menjadi anggota; dan
(vi) permohonan menambah atau mengurangkan caruman syer.
(d) membentang dan meluluskan kedudukan kewangan bulanan;
(e) mengkaji dan membincangkan prestasi aktiviti ekonomi semasa dan cadangan
aktiviti baru Koperasi;
(f) mengkaji, membincang dan memutuskan —
(i) hal-hal perjawatan;
(ii) program latihan pekerja; dan
(iii) program pendidikan anggota;
(g) melantik Jawatankuasa Audit Dalaman di kalangan anggota menurut
undang-undang kecil 49; dan
(h) menjalankan apa-apa urusan lain dengan memberi notis tidak kurang
daripada tujuh hari.
Undi anggota
Lembaga
42.
(1) Semua usul dan cadangan hendaklah
diputuskan dengan majoriti mudah undi anggota Lembaga yang hadir.
(2) Jika bilangan undi sama banyak, maka usul
atau cadangan yang diundi itu tidak diterima.
(3) Seseorang anggota Lembaga tidak boleh mengundi dalam perkara
mengenai dirinya sendiri atau ia ada kepentingan peribadi.
(4) Seseorang anggota Lembaga yang ada kepentingan peribadi dalam
perkara yang akan dipertimbangkan oleh mesyuarat hendaklah mengisytiharkan
sepenuhnya kepada Lembaga mengenai penglibatan atau kepentingannya dalam
perkara itu.
Buku minit mesyuarat Lembaga
43.
(1) Segala keputusan mesyuarat Lembaga hendaklah
—
(a)
diminitkan dalam
tempoh tujuh hari;
(b)
ditandatangani
oleh setiausaha mesyuarat itu; dan
(c)
diedarkan kepada
anggota Lembaga dalam tempoh empat belas hari.
(2) Minit yang telah disahkan dalam mesyuarat berikutnya hendaklah
ditandatangani oleh pengerusi mesyuarat tersebut.
(3) Minit bagi sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah diserahkan
―
(a) kepada
Suruhanjaya menurut perenggan 14(1)(c)
Akta; dan
(b) dalam
tempoh tiga puluh hari selepas tarikh mesyuarat itu.
Kuasa dan kewajipan Lembaga
44.
(1) Lembaga bertanggungjawab memastikan
pentadbiran dan pengurusan Koperasi dikendalikan dengan teratur, menurut
subseksyen 44(1) Akta.
(2) Bagi melaksanakan tanggungjawab di bawah fasal (1), Lembaga
hendaklah mempunyai kuasa dan kewajipan yang berikut:
(a) melantik seorang pengerusi, setiausaha dan bendahari di kalangan
anggotanya di dalam mesyuarat Lembaga;
(b) mengemukakan
suatu senarai anggota Lembaga yang mengandungi butir-butir berikut:
(i)
nama;
(ii) alamat kediaman;
(iii) nombor kad pengenalan;
(iv) tarikh keanggotaan;
(v)
pekerjaan; dan
(vi) jawatan dalam koperasi,
dalam tempoh lima belas hari selepas mesyuarat
agung tahunannya kepada Suruhanjaya menurut perenggan 14(1)(a) Akta. Apa-apa perubahan tentang butir-butir berkenaan hendaklah
dimaklumkan kepada Suruhanjaya secara bertulis dalam tempoh lima belas hari
dari tarikh berlakunya perubahan tersebut;
(c)
menimbang dan
menerima permohonan keanggotaan;
(d)
meluluskan dan
mengesahkan pemindahan dan penebusan syer anggota;
(e)
melantik —
(i) seorang pegawai yang bergaji tetap;
atau
(ii) sebuah firma;
bagi menjalankan mana-mana daripada tugas
setiausaha, jika perlu, dengan syarat pegawai yang dilantik itu tidak boleh
menjadi anggota Lembaga;
(f)
menyenggara
akaun bagi wang yang diterima dan yang dibelanjakan atas nama Koperasi dengan
benar dan betul;
(g)
menyenggara
akaun bagi aset dan liabiliti Koperasi dengan benar dan betul;
(h)
membenarkan
perbelanjaan, menyemak dan mengawasi semua akaun, buku, rekod serta dokumen
Koperasi yang disenggara, diuruskan dengan sempurna dan kemaskini;
(i)
membentangkan
kepada mesyuarat agung tahunan —
(i)
akaun
perdagangan;
(ii) akaun untung rugi;
(iii) apa-apa penyata sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;
(iv) kunci kira-kira;
(v)
laporan Lembaga
menurut subseksyen 59(3) Akta;
(vi) laporan juruaudit; dan
(vii) pandangan Suruhanjaya tentang akaun dan kunci kira-kira, jika ada;
bagi koperasi dan subsidiarinya;
(j)
membuat perakuan
pembahagian keuntungan bersih dan pengisytiharan syer bonus Koperasi, jika ada
kepada mesyuarat agung tahunan;
(k)
mengambil
tindakan sewajarnya ke atas penyata dan surat arahan Suruhanjaya atau wakilnya;
(l)
membentang
laporan Jawatankuasa Audit Dalaman dalam mesyuarat agung tahunan;
(m)
memenuhkan
jawatan kosong yang berlaku di dalam Lembaga, menggantung keanggotaan anggota
dan anggota Lembaga serta menyingkirkan keanggotaan menurut fasal (2) undang-undang
kecil 21 dan melucutkan jawatan anggota Lembaga menurut fasal (1) undang-undang kecil
37;
(n)
memanggil
mesyuarat agung menurut Undang-undang Kecil;
(o)
membuat
perjanjian bagi mendapatkan pinjaman tertakluk kepada kelulusan mesyuarat
agung;
(p)
melantik pekerja
termasuk pengurus dengan mengeluarkan surat rasmi yang mengandungi terma dan
syarat perkhidmatan;
(q)
bertindak atas
nama dan bagi pihak Koperasi atau melantik seseorang wakil bagi menyelesaikan
segala pertikaian Koperasi atau menjalankan dan memberhentikan mana-mana
tindakan mahkamah;
(r)
melabur wang
berlebihan menurut keputusan mesyuarat agung dan tertakluk kepada peruntukan
Akta dan Peraturan;
(s)
mengkaji dan
merancang projek yang memberi manfaat kepada anggota dan Koperasi dengan
melaksanakan projek mengikut keputusan mesyuarat agung;
(t)
melaksanakan
projek dan memberi peluang kepada anggota untuk—
(i)
mengambil
bahagian dalam pelaksanaan projek; atau
(ii) menyumbangkan modal tambahan atau simpanan khas sebagaimana yang
dipersetujui;
(u)
memasuki
perjanjian bagi pihak Koperasi dan dimeterai dengan mohor Koperasi serta
ditandatangani oleh pengerusi, setiausaha dan bendahari atau orang lain yang diberi
kuasa oleh Lembaga;
(v)
melantik wakil
di kalangan anggotanya untuk menghadiri mesyuarat mana-mana koperasi yang
dianggotainya;
(w)
menubuhkan
jawatankuasa, jika perlu, bagi menjalankan aktiviti Koperasi dengan sempurnanya
dan mewakilkan kuasa kepadanya dari semasa ke semasa mengikut keputusan
Lembaga;
(x)
membuat aturan
aktiviti dari semasa ke semasa bagi pelaksanaan aktiviti Koperasi dengan kelulusan mesyuarat agung dan
mengemukakan satu salinannya dalam tempoh tiga puluh hari kepada Suruhanjaya
menurut fasal (3) undang-undang kecil 9;
(y)
mencadangkan
belanjawan termasuk elaun kepada anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman
untuk dibentangkan di mesyuarat agung tahunan Koperasi;
(z)
mencadangkan
saraan kepada anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah bagi subsidiari
Koperasi untuk dibentangkan di mesyuarat agung tahunan Koperasi;
(aa)
mengawasi
kecekapan, tatatertib dan daya usaha semua pegawai dan pekerja Koperasi dalam
menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka;
(bb)
memastikan
kerahsiaan maklumat perniagaan koperasi dan anggotanya terpelihara; dan
(cc)
melaksanakan
tugas lain sebagaimana yang ditentukan oleh Akta, Peraturan, perintah, garis panduan,
arahan Suruhanjaya, Undang-undang Kecil dan mesyuarat agung dari semasa ke
semasa.
(3) Lembaga hendaklah mengisytiharkan kepentingannya berkaitan
perniagaan dengan Koperasi dan tidak mengundi atau terlibat dalam perbincangan
mengenai perkara di mana dia mempunyai kepentingan.
Liabiliti anggota Lembaga
45.
Lembaga
hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli perniagaan yang biasa dan
hendaklah bertanggungan secara bersama dan berasingan bagi apa-apa kerugian
yang ditanggung oleh Koperasi atas sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun
sedemikian atau oleh sebab apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan
peruntukan Akta, Peraturan, perintah atau Undang-undang Kecil ini serta aturan
aktiviti yang dibuat di bawahnya atau arahan mesyuarat agungnya.
Tugas pengerusi
46.
(1) Pengerusi hendaklah menjalankan tugas
seperti berikut:
(a)
mempengerusikan
semua mesyuarat Lembaga;
(b)
menandatangani
minit mesyuarat yang disahkan;
(c)
memperakui
cabutan dan salinan dari rekod Koperasi, menurut Peraturan, bersama setiausaha
melalui satu akuan yang bertarikh dan ditandatangani;
(d)
memanggil
sendiri atau melalui setiausaha, mesyuarat Lembaga bila perlu;
(e)
mengarahkan
Jawatankuasa Audit Dalaman supaya memeriksa buku, rekod dan dokumen Koperasi
pada bila-bila masa dan melaporkan kepada Lembaga;
(f)
menandatangani
permohonan pendaftaran kepada pindaan Undang-undang Kecil dan dokumen lain yang
berkaitan bersama dua anggota Lembaga; dan
(g)
menyelia secara
am pentadbiran, hal-ehwal dan pekerja Koperasi.
(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh
diamanahkan kepada mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.
Tugas setiausaha
47.
(1) Setiausaha hendaklah menjalankan tugas
seperti berikut:
(a)
memanggil dan
menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat Lembaga dan mesyuarat jawatankuasa dan
menyampaikan segala laporan dan dokumen untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat
itu;
(b)
merekodkan
perjalanan dan keputusan sesuatu mesyuarat;
(c)
menyenggara dan
mengemaskini semua daftar anggota, daftar penama, buku dan laporan yang
dikehendaki oleh Lembaga;
(d)
menguruskan
surat-menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga;
(e)
mengesahkan
bersama pengerusi salinan segala perkara yang bertulis di dalam buku Koperasi;
(f)
menyimpan dan
menjaga dengan selamatnya mohor Koperasi; dan
(g)
menjalankan
tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
(2) Mana-mana tugas setiausaha boleh diamanahkan kepada pengurus
atau pekerja tertakluk kepada persetujuan Lembaga.
Tugas bendahari
48.
(1) Bendahari hendaklah menjalankan tugas
seperti berikut:
(a)
mengendalikan
segala urusan perdagangan dan perindustrian Koperasi mengikut dasar yang
ditetapkan oleh Lembaga;
(b)
menerima dan
menjaga semua wang yang diterima oleh Koperasi dan membuat pembayaran mengikut
arahan Lembaga;
(c)
menyimpan ke
dalam bank atas nama Koperasi semua wang yang diterima dalam tempoh dua puluh
empat jam hari bekerja daripada penerimaannya;
(d)
mengeluarkan
resit, menyediakan baucar dan surat lain mengikut arahan Lembaga;
(e)
menyimpan dalam
Akaun Wang Runcit, wang sebanyak yang diluluskan oleh Lembaga untuk memenuhi
perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat daripada akaun ini boleh
diganti seberapa kerap yang perlu;
(f)
menyenggara dan
menyimpan akaun Koperasi dengan sempurna dan kemaskini supaya dapat diperiksa
pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan;
(g)
menyediakan
akaun tahunan dan laporan tahunan Koperasi untuk dibentangkan dalam mesyuarat
Lembaga;
(h)
menyediakan
belanjawan tahunan Koperasi dalam bentuk yang menunjukkan dengan jelas segala
butiran pendapatan dan perbelanjaan untuk ditimbang oleh Lembaga sebelum
dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan; dan
(i)
menyediakan
penyata pendapatan dan perbelanjaan Koperasi yang benar dengan secara
dibutirkan satu persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh
Lembaga untuk dibandingkan dengan belanjawan bagi tempoh berkenaan yang telah
diluluskan oleh mesyuarat agung.
(2) Mana-mana tugas bendahari boleh diamanahkan kepada pengurus
atau pekerja tertakluk kepada persetujuan Lembaga.
Jawatankuasa
Audit Dalaman
49.
(1) Menurut subseksyen 42A(1) Akta,
Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi hendaklah mengandungi tiga orang, terdiri daripada anggota yang dilantik oleh Lembaga,
menurut perenggan (j) undang-undang kecil 41.
(2) Lembaga hendaklah memecat mana-mana atau kesemua anggota
Jawatankuasa Audit Dalaman jika dia ─
(a) gagal berfungsi menurut fasal (3) dan (5) undang-undang kecil 52; atau
(b) gagal memastikan kerahsiaan maklumat perniagaan koperasi dan anggotanya
terpelihara; atau
(c) menggunakan maklumat Koperasi untuk kepentingan peribadi dan menggugat
perniagaan Koperasi; atau
(d) melakukan perilaku atau tindakan yang boleh dianggap memudaratkan kepentingan
Koperasi.
Kelayakan menjadi Jawatankuasa Audit Dalaman
50.
Tiada seorang
pun layak atau kekal sebagai seorang Jawatankuasa Audit Dalaman jika dia —
(a)
telah disabitkan
atas suatu kesalahan di bawah Akta;
(b)
telah dipecat
sebagai seorang pegawai sesuatu koperasi; dan
(c)
menjadi anggota
Lembaga Koperasi ini.
Tempoh
memegang jawatan Jawatankuasa Audit Dalaman
51.
(1) Tempoh perkhidmatan semua anggota
Jawatankuasa Audit Dalaman ini adalah satu tahun atau sehingga mesyuarat agung
akan datang, mana yang terdahulu dan perkhidmatan mereka boleh disambung semula
setelah diputuskan oleh mesyuarat Lembaga.
(2) Kekosongan dalam Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah diisi
oleh Lembaga dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pengosongan jawatan
dengan melantik mana-mana anggota yang layak.
Kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Audit Dalaman
52.
(1) Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah
mempunyai kuasa untuk memeriksa segala rekod perakaunan dan rekod lain yang
berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan Koperasi dan
subsidiarinya, jika ada, bagi memastikan hal-ehwal Koperasi dijalankan mengikut
matlamat penubuhan, Undang-undang Kecil serta keputusan mesyuarat agung.
(2) Jawatankuasa Audit Dalaman mempunyai kuasa memanggil mana-mana
orang yang dikehendakinya supaya mengemukakan atau menyerahkan apa-apa maklumat,
buku, akaun dan dokumen yang berkaitan.
(3) Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah menjalankan tugas seperti
berikut:
(a) memastikan adanya kuasa dan kesahan bagi segala perbelanjaan;
(b) memeriksa akaun-akaun Koperasi pada lat-lat masa yang tetap dan tidak
boleh kurang daripada sekali dalam tempoh tiga bulan;
(c) memberitahu Lembaga apa-apa ketakselarasan yang berlaku dalam pengurusan
Koperasi dengan serta-merta; dan
(d) mengemukakan kepada Lembaga laporan mengenai pengurusan dan hal-ehwal
Koperasi termasuk pelanggaran terhadap Akta, Peraturan atau Undang-undang Kecil.
(4) Jawatankuasa Audit Dalaman, tertakluk kepada kelulusan Lembaga
boleh dibayar elaun yang sewajarnya atas khidmat yang diberikan kepada
Koperasi.
(5) Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah —
(a)
bersidang tidak
kurang daripada dua kali setahun; dan
(b)
mengemukakan
laporan bertulis kepada Lembaga dan Suruhanjaya.
BAHAGIAN VI
ASET DAN WANG KOPERASI
Wang dan
kumpulan wang koperasi
53.
(1) Wang dan kumpulan wang koperasi boleh
mengandungi —
(a)
fi masuk, syer dan
yuran anggota;
(b)
simpanan khas
daripada anggota;
(c)
pinjaman atau
deposit daripada anggota dan bukan anggota;
(d)
Kumpulan Wang
Rizab Statutori;
(e)
Akaun Rizab
Modal;
(f)
Kumpulan Wang
Penebusan Syer;
(g)
derma dan
pemberian tertentu;
(h)
baki keuntungan
terkumpul; dan
(i)
kumpulan wang
lain yang diluluskan oleh mesyuarat agung.
(2) Kumpulan wang Koperasi selain daripada Kumpulan Wang Rizab
Statutori boleh digunakan bagi melaksanakan aktiviti menurut fasal (1) undang-undang
kecil 9.
Modal syer
54.
(1) Menurut perenggan 50(b) Akta, setiap
anggota hendaklah melanggan RM500.00 (Ringgit:
lima ratus) syer sebagai sumbangan minimum dan hendaklah dijelaskan dalam
tempoh lima bulan. Syer minimum ini tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas
keanggotaan anggota itu tamat.
(2) Mana-mana anggota yang gagal melanggan syer menurut fasal (1)
hendaklah disingkirkan.
********************REST SAT******************
Pindahan syer
55.
(1) Seseorang anggota boleh memindahkan
syernya yang melebihi sumbangan minimum menurut fasal (1) undang-undang kecil
54 kepada anggota lain dengan menandatangani borang pemindahan syer.
(2) Pindahan syer tersebut hanya akan berkuatkuasa setelah
didaftarkan oleh Koperasi.
(3) Syer seseorang anggota bukan Muslim yang mati boleh dipindahkan
kepada penama menurut undang-undang kecil 18. Bagi anggota Muslim, pemindahan
tersebut hendaklah menurut fasal (1) undang-undang kecil 18.
(4) Pemindahan syer tersebut hendaklah dibuat dalam tempoh enam
bulan selepas kematian anggota itu.
Penyelesaian
modal syer
56.
(1) Jika pemindahan syer tidak dapat dibuat
menurut undang-undang kecil 56, bagi seseorang anggota yang tamat
keanggotaannya oleh apa-apa sebab jua pun, maka syernya yang diperihalkan di
dalam Undang-undang Kecil itu boleh dikeluarkan tertakluk kepada fasal (2).
(2) Syer boleh ditebus dari Kumpulan Wang Penebusan Syer dan
Kumpulan Wang Rizab Statutori tertakluk kepada Peraturan. Nilai tebusan syer
ini hendaklah mengikut sebagaimana yang ditunjukkan dalam akaun teraudit
terakhir bagi Koperasi akan tetapi tidak boleh melebihi nilai asalnya.
(3) Syer yang ditebus menurut fasal (2) boleh jika diluluskan oleh
mesyuarat agung, diterbitkan semula sebagai syer bonus.
Keuntungan modal
57.
(1) Menurut subseksyen 55 (1) Akta, semua keuntungan
modal yang diperolehi daripada perkara-perkara berikut hendaklah dikreditkan ke
Akaun Rizab Modal —
(a)
penjualan tanah
atau bangunan, atau kedua-duanya sebagai aset tetap; dan
(b)
penilaian semula
tanah atau bangunan, atau kedua-duanya, sebagai aset tetap, dengan kelulusan
Suruhanjaya.
(2) Keuntungan modal yang disebutkan menurut perenggan (a) fasal (1) boleh, jika diluluskan oleh mesyuarat agung,
digunakan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
penerbitan syer
bonus;
(b)
penghapusan kira
kerugian terkumpul;
(c)
penghapusan kira
kerugian modal; dan
(d)
pewujudan suatu
Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus.
Penerbitan syer bonus
58.
(1) Koperasi boleh menerbitkan syer bonus
daripada —
(a)
penjualan tanah
atau bangunan, atau kedua-duanya, sebagai aset tetap;
(b) penilaian semula tanah atau bangunan, atau kedua-duanya, sebagai aset
tetap, dengan kelulusan Suruhanjaya;
(c)
Kumpulan Wang
Rizab Statutori, dengan kelulusan Suruhanjaya dan tertakluk kepada apa-apa
terma dan syarat yang dikenakan oleh Suruhanjaya, menurut perenggan 57(1B)(b) Akta; dan
(d)
syer bonus yang
ditebus oleh Koperasi melalui Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus.
(2) Syer bonus boleh diterbitkan berasaskan kepada jumlah syer yang dipegang
oleh tiap-tiap anggota dengan syarat —
(i)
syer tersebut
telah dipegang bagi tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan sebelum tarikh
pengisytiharan syer bonus;
(ii) nama anggota yang akan menerima syer itu ada dalam daftar anggota
Koperasi pada tarikh pengisytiharan syer bonus itu;
(iii) semua kerugian terkumpul dan semasa telah dihapuskira; dan
(iv) buku dan rekod Koperasi telah disenggara dengan memuaskan menurut
pendapat Suruhanjaya.
(3) Syer bonus yang diterbitkan daripada keuntungan modal menurut perenggan (b) fasal (1) undang-undang kecil 59,
boleh dengan kelulusan Lembaga—
(a)
dipindahkan
kepada anggota lain Koperasi ini; atau
(b)
dikeluarkan,
dalam hal anggota yang mati.
(4) Pemindahan atau pengeluaran menurut fasal (3) hendaklah dibayar daripada
Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus Koperasi.
(5) Satu Daftar Syer Bonus hendaklah diselenggarakan dengan sempurna.
Kumpulan Wang Rizab Statutori
59.
(1) Menurut subseksyen 57(1) Akta, Koperasi
ini hendaklah menyenggarakan satu Kumpulan Wang Rizab Statutori.
(2) Koperasi hendaklah memindahkan suatu
jumlah wang ke Kumpulan Wang Rizab Statutori berdasarkan jadual di bawah:
Jumlah Terkumpul Kumpulan Wang Rizab
Statutori |
Jumlah Pindahan |
Kurang
daripada 50% daripada syer dan yuran |
Tidak kurang
25% daripada untung bersih teraudit |
50% tetapi
kurang daripada 100% daripada syer dan yuran |
Tidak kurang
15% daripada untung bersih teraudit |
(3) Kumpulan Wang Rizab Statutori tidak boleh dibahagi dan tidak
seorang pun anggota berhak untuk menuntut suatu bahagian tertentu daripadanya.
(4) Koperasi boleh membuat pembayaran balik syer dan yuran daripada
Kumpulan Wang Rizab Statutori, dan pada setiap masa baki dalam kumpulan wang
tersebut hendaklah tidak kurang daripada lima belas peratus daripada jumlah
syer dan yuran koperasi berkenaan.
Simpanan
khas
60.
Menurut
perenggan 50(d) Akta, Koperasi boleh
menerima simpanan khas daripada anggotanya tertakluk kepada terma dan
syarat-syarat yang dibuat menurut fasal (4) undang-undang kecil 9 dan wang ini
boleh dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Pinjaman
luar dan deposit
61.
(1) Tertakluk kepada subseksyen 52(2),
seksyen 52A Akta dan Peraturan, Koperasi
boleh menerima deposit atau meminjam wang daripada anggotanya dan dengan kelulusan
Suruhanjaya, daripada bukan anggota Koperasi.
(2) Peruntukan fasal (1) tidak terpakai kepada deposit atau pinjaman yang
diberikan oleh kerajaan.
(3) Pada setiap mesyuarat agung tahunan, koperasi hendaklah —
(a)
memberitahu
anggotanya mengenai deposit atau pinjaman, menurut subseksyen 52(3) Akta; dan
(b)
menetapkan had
maksimum keterhutangan yang sedia ada dan yang baru akan ditanggung dalam tahun
akan datang.
Pelaburan wang
62.
(1) Wang berlebihan Koperasi boleh dilabur
tertakluk kepada peruntukan seksyen 54 Akta dan Peraturan.
(2) Had maksimum yang boleh dilaburkan oleh Koperasi bagi sesuatu
maksud hendaklah ditentukan oleh mesyuarat agung.
Pembiayaan Islam
atau kemudahan kredit oleh Koperasi
63.
Menurut seksyen
51 Akta, Koperasi boleh memberi apa-apa pembiayaan Islam atau kemudahan kredit
lain kepada —
(a) anggotanya,
tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam aturan yang
diluluskan oleh mesyuarat agung; atau
(b) pekerjanya, termasuk ketua pegawai eksekutif tertakluk kepada terma dan
syarat-syarat gunakhidmat mereka; atau
(c) subsidiarinya atau koperasi lain, tertakluk kelulusan Suruhanjaya.
Pengagihan
untung bersih teraudit
64.
(1) Keuntungan bersih teraudit Koperasi
seperti yang ditunjukkan dalam akaun untung rugi menurut seksyen 56 Akta,
hendaklah diagihkan, tertakluk kepada seksyen 57 Akta, seperti berikut:
(a) sebanyak
mana yang ditentukan menurut fasal (2) undang-undang kecil 60 kepada Kumpulan
Wang Rizab Statutori; dan
(b) sebanyak
mana yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Suruhanjaya dibayar kepada
Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan
Koperasi.
Disyaratkan bahawa menurut subseksyen 57(4) Akta, boleh ditolak apa-apa bayaran
yang dibuat menurut perenggan (b)
fasal (1) daripada jumlah wang menurut perenggan (a) fasal (1).
(2) Selepas pengagihan menurut fasal (1), dan peruntukan cukai
pendapatan, jika ada, baki untung bersih teraudit, termasuk baki keuntungan
yang belum dibahagikan menurut subseksyen 57(5) Akta, boleh digunakan bagi
semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
pembayaran
potongan langganan;
(b)
pembayaran
dividen, atas syer dan yuran anggota sebagaimana yang ditentukan oleh arahan
atau garis panduan;
(c)
pembayaran
honorarium kepada anggota Lembaga yang tidak boleh, bagaimanapun, melebihi
jumlah wang yang disyorkan oleh mesyuarat agung tahunan dan diluluskan oleh
Suruhanjaya; atau
(d)
pembayaran untuk
kebajikan anggotanya dan masyarakat.
(3) Pembayaran dividen daripada mana-mana
sumber selain untung bersih teraudit bagi tahun kewangan itu tidak boleh
dibuat, kecuali dengan mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada
Suruhanjaya yang tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi apa-apa kadar
maksimum, sebagaimana yang ditentukan dalam arahan atau garis panduan.
(4) Menurut subseksyen 57(7) Akta, bayaran
kepada perkara-perkara menurut perenggan (b)
fasal (1), fasal (2) dan (3), boleh dibuat hanya jika semua kerugian terkumpul
telah dihapuskira sepenuhnya.
(5) Dengan kelulusan Suruhanjaya, Koperasi boleh, sekiranya
kerugian terkumpul tidak dihapuskira sepenuhnya, menggunakan untung bersih
terauditnya untuk pembayaran dividen kepada anggotanya yang tidak boleh
melebihi lima peratus daripada jumlah syer dan yuran anggota, menurut
subseksyen 57(8) Akta.
Dividen dan potongan langganan
65.
(1) Kadar dividen yang dibayar atas syer dan
yuran kepunyaan seseorang anggota pada enam bulan sebelum akhir tahun kewangan
menurut Peraturan, hendaklah tidak melebihi sepuluh peratus kecuali dengan
kelulusan Suruhanjaya. Seseorang yang namanya tidak ada di dalam daftar nama
anggota Koperasi pada tarikh akhir tahun kewangan yang berkenaan tidak layak menerima
dividen.
(2) Dividen hendaklah dikreditkan ke akaun modal syer anggota
sekiranya anggota itu tidak meminta dibayar kepadanya secara tunai dalam tempoh
tiga puluh hari dari tarikh dividen itu diisytiharkan.
(3) Potongan langganan boleh diberi hanya jika langganan seseorang
anggota tidak kurang daripada RM3,000.00
(Ringgit: tiga ribu) dalam tahun kewangan yang berkenaan.
BAHAGIAN VII
AKAUN DAN AUDIT
Tahun kewangan
66.
Tahun kewangan
Koperasi ini bermula pada satu haribulan
Oktober dan berakhir pada tiga puluh
haribulan September setiap tahun.
Penyenggaraan akaun
67.
(1) Menurut seksyen 58 Akta, Lembaga
hendaklah menyenggara dengan sempurna dan kemaskini rekod-rekod perakaunan dan
rekod-rekod lain mengenai tiap-tiap transaksi dan kedudukan kewangan koperasi
dan subsidiarinya, jika ada, yang berkaitan dengan —
(a)
aset tetap,
pelaburan dan deposit;
(b)
syer, yuran dan
simpanan khas yang dicarum oleh anggota; dan
(c)
aktiviti-aktiviti
yang dijalankan.
(2) Catatan dalam rekod perakaunan dan rekod-rekod lain menurut
fasal (1), hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada
tiga puluh hari dari selesai sesuatu transaksi menurut subseksyen 58(2) Akta.
(3) Penyediaan akaun-akaun iaitu akaun perdagangan, untung rugi
dan kunci kira-kira hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak lewat
daripada dua bulan selepas tamatnya tahun kewangan supaya dapat diaudit.
(4) Akaun-akaun menurut fasal (3) yang telah diaudit hendaklah
dibentangkan di dalam mesyuarat agung.
(5) Rekod perakaunan menurut fasal (1) hendaklah disimpan
(a)
di pejabat
berdaftar Koperasi pada sepanjang masa atau di mana-mana tempat lain yang
difikirkan patut oleh Lembaga, menurut subseksyen 58(4) Akta; dan
(b)
selama enam
tahun selepas diaudit, menurut Peraturan.
(6) Lembaga boleh melantik mana-mana individu atau firma untuk
mengemaskinikan rekod perakaunan bagi memastikan rekod tersebut dapat diaudit
dalam tempoh yang ditetapkan.
(7) Suruhanjaya boleh, menurut subseksyen 58(5) Akta, dalam
kes-kes tertentu memerintahkan supaya rekod-rekod perakaunan Koperasi
diserahkan untuk diperiksa oleh seseorang juruaudit yang bertindak bagi pihak
seseorang anggota atau pegawai.
(8) Suatu senarai terperinci butir-butir perbelanjaan Lembaga dan
bayaran kepada atau bagi pihak anggota individu Lembaga dan jawatankuasa
hendaklah dimasukkan dalam nota kepada akaun untung rugi Koperasi, menurut Peraturan.
Resit-resit
dan baucar
68.
(1) Resit-resit Koperasi hendaklah
dikeluarkan bagi semua wang atau penerimaan lain seperti cek dan wang pos yang
diterima. Resit-resit itu hendaklah ditandatangani oleh bendahari atau pegawai
yang diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
(2) Baucar hendaklah disediakan bagi setiap pembayaran yang dibuat
oleh Koperasi. Baucar tersebut hendaklah ditandatangani atau diluluskan oleh
bendahari atau pengurus serta disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa oleh
Lembaga dari semasa ke semasa.
Pelantikan dan
kewajipan juruaudit
69.
(1) Lembaga hendaklah melantik seorang
juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya bagi mengaudit akaun koperasi,
menurut perenggan 60(1)(a) Akta.
(2) Juruaudit yang dilantik menurut fasal (1) hendaklah dipilih
oleh mesyuarat Lembaga daripada panel yang diluluskan oleh mesyuarat agung dan
mengemukakan satu salinan suratcara pelantikan kepada Suruhanjaya, menurut
Peraturan.
(3) Juruaudit berkewajipan untuk mengaudit akaun dan rekod
Koperasi dan hendaklah memberi laporan mengenai penyata kewangan yang
dikemukakan oleh Koperasi selepas berakhirnya tahun kewangan itu untuk
perhatian Suruhanjaya serta anggota Koperasi, menurut seksyen 63 Akta.
Penyerahan buku
dan dokumen untuk diaudit
70.
Menurut
Peraturan, suatu senarai buku dan dokumen Koperasi hendaklah disediakan oleh
Koperasi dan diserahkan kepada juruaudit untuk ditandatangani sebagai pengakuan
penerimaannya. Sesalinan senarai itu hendaklah disimpan oleh Koperasi.
Mengemukakan penyata kewangan dan laporan kepada anggota
71.
(1) Satu salinan
penyata berikut hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap anggota tidak lewat
daripada lima belas hari sebelum mesyuarat agung tahunan:
(a)
akaun
perdagangan;
(b)
akaun untung
rugi;
(c)
kunci kira-kira Koperasi
dan subsidiari, jika ada,
(d)
laporan Lembaga
mengenai kedudukan hal-ehwal Koperasi dan subsidiari, jika ada;
(e)
laporan
juruaudit;
(f)
apa-apa penyata
sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;dan
(g)
laporan
Jawatankuasa Audit Dalaman.
(2)
Perkara-perkara menurut perenggan (a),
(b), (c) dan (d) fasal (1) hendaklah yang telah dikemukakan untuk mendapat
pandangan Suruhanjaya.
BAHAGIAN VIII
PELBAGAI
Jualan
72. Semua jualan hendaklah dibuat secara tunai
kecuali kepada pihak-pihak yang dibenarkan oleh Lembaga.
Akaun
bank
73.
Akaun bank bagi
Koperasi hendaklah diuruskan oleh mana-mana orang iaitu pengerusi atau
setiausaha dan bendahari atau dua orang pegawai lain yang diberi kuasa oleh
Lembaga dari semasa ke semasa.
Mohor
Koperasi
74.
(1) Koperasi hendaklah mempunyai satu mohor.
Mohor ini tidak boleh dimeteraikan di atas mana-mana surat melainkan dengan
keputusan Lembaga. Pengerusi, setiausaha dan bendahari atau pegawai-pegawai
lain yang diberi kuasa oleh Lembaga dikehendaki menurunkan tandatangan mereka
di atas tiap-tiap surat yang hendak dimeteraikan.
(2) Dokumen yang diperbuat atas nama Koperasi sama ada dimeteraikan
atau tidak, dan ditandatangani dengan sahnya oleh pengerusi, setiausaha dan
bendahari atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Lembaga hendaklah disifatkan
mengikat ke atas Koperasi sehingga sebaliknya dibuktikan.
Pertukaran alamat anggota
75.
Tiap-tiap
anggota hendaklah memberitahu setiausaha akan pertukaran alamatnya dalam tempoh
tiga puluh hari. Semua surat kepada anggota yang dihantar dengan pos atau
dikirimkan kepada alamatnya yang terakhir hendaklah dianggap sebagai telah
disampaikan.
Penyediaan dokumen untuk diperiksa
76.
Menurut seksyen
13 Akta, Koperasi hendaklah menyediakan perkara berikut yang terbuka untuk
diperiksa oleh anggota Koperasi sahaja tanpa apa-apa bayaran, pada masa-masa
yang munasabah di alamat berdaftar Koperasi—
(a)
suatu salinan
Akta dan Peraturan atau perintah, arahan atau garis panduan;
(b)
suatu salinan Undang-undang
Kecil;
(c)
akaun teraudit
yang terakhir;
(d)
suatu senarai
anggota;
(e)
suatu senarai
anggota Lembaga;
(f)
nama ketua pegawai
eksekutif, jika ada;
(g)
suatu senarai
pegawai Koperasi yang berkenaan dengan pengurusan Koperasi, jika ada; dan
(h)
aturan-aturan
aktiviti, jika ada.
Penyerahan tugas
77.
Penyerahan tugas
hendaklah dilakukan secara bertulis apabila berlaku pertukaran bagi apa-apa
jawatan dalam Koperasi dan disempurnakan dalam tempoh tidak lewat daripada
empat belas hari selepas berkuatkuasanya pertukaran itu.
Laporan
oleh seseorang yang dilantik mewakili Koperasi
78.
(1) Seseorang yang dilantik untuk mewakili
Koperasi di dalam apa-apa mesyuarat, seminar, forum atau lawatan sambil belajar
atas perbelanjaan Koperasi sama ada di dalam atau di luar negeri, menurut
Peraturan, hendaklah mengemukakan laporan ringkas kepada mesyuarat agung
tahunan yang akan datang yang terawal diadakan bagi Koperasi.
(2) Jika orang itu gagal mengemukakan laporan, dia hendaklah
membayar balik semua perbelanjaan yang telah ditanggung oleh Koperasi. Koperasi
berhak mendapatkan balik setiap perbelanjaan tersebut seolah-olah ianya suatu
hutang yang kena dibayar kepada Koperasi.
Pelantikan Yang Dipertua
79.
Lembaga boleh
melantik seorang kenamaan sebagai Yang Dipertua kepada Koperasi. Dia hanya
bertindak sebagai penaung dan boleh menghadiri mana-mana mesyuarat yang
diadakan oleh Koperasi tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi.
Pertikaian
80.
(1) Segala pertikaian menurut subseksyen
82(1) Akta, yang menyentuh hal penubuhan, Undang-undang Kecil, pemilihan
pegawai, perjalanan mesyuarat agung, pengurusan atau perniagaan Koperasi
hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya, menurut Peraturan.
(2) Mana-mana anggota yang dibuktikan telah membuat pengaduan atau
merujukkan pertikaiannya kepada mana-mana orang selain daripada Suruhanjaya
hendaklah dianggap telah bertindak dengan cara yang memudaratkan kepentingan
Koperasi dan boleh dikenakan tindakan menurut undang-undang kecil 23.
(3) Segala pertikaian selain daripada yang dinyatakan menurut
subseksyen 82(1) Akta, hendaklah dirujuk kepada mesyuarat agung Koperasi untuk
penyelesaian. Apa-apa pertikaian yang tidak dapat diselesaikan hendaklah
diputuskan oleh Suruhanjaya dan keputusannya adalah muktamad.
Pemeliharaan
kerahsiaan
81.
Anggota Lembaga,
pegawai, pekerja, juruaudit atau mana-mana orang yang mempunyai akses kepada maklumat
mana-mana anggota yang diperolehi dalam melaksanakan perniagaan atau tugas
dengan Koperasi, tidak boleh digunakan untuk kepentingan peribadi dan tidak
boleh dizahirkan kepada mana-mana orang tanpa izin anggota melainkan yang
dibenarkan oleh undang-undang bertulis.
Pembubaran
82.
Koperasi hanya
boleh dibubarkan dengan perintah Suruhanjaya.
Akta,
Peraturan dan Undang-undang Kecil
83.
(1) Undang-undang Kecil ini adalah dibuat
menurut Peraturan dan hendaklah tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan.
Apa-apa pindaan kepada Undang-undang Kecil ini tidak boleh dibuat melainkan
dengan kehendak atau kebenaran Suruhanjaya. Aturan aktiviti tidak boleh dibuat
melainkan dengan kelulusan mesyuarat agung.
(2) Apa-apa urusan Koperasi hendaklah tertakluk kepada Akta,
Peraturan dan Undang-undang Kecil serta aturan aktiviti dan hendaklah dibaca
bersekali.
Undang-undang
Kecil hendaklah mengikat anggota
84.
Menurut seksyen
17 Akta, Undang-undang Kecil ini hendaklah mengikat Koperasi dan anggotanya
sehingga takat yang sama seolah-olah Undang-undang Kecil ini telah
ditandatangani oleh tiap-tiap anggota dan mengandungi waad pada pihak tiap-tiap
anggota bagi dirinya sendiri dan bagi penggantinya untuk mematuhi segala
peruntukan Undang-undang Kecil ini.
Diakui bahawa Undang-undang
Kecil ini telah dibentang, dibincang dan diterima di dalam mesyuarat agung permulaan
bertarikh dua haribulan Mei tahun dua ribu sembilan.
Bil. |
Nama Penuh |
No. Kad Pengenalan |
Tandatangan |
1. |
AZRUL SANI ALI |
721001025817 |
|
2. |
MOHD NIZAM
MOHD NOOR |
720215085941 |
|
3. |
BASHIR ISHAK |
720528095075 |
|
4. |
SYAMSUL MARDEE
ISMAIL |
720118055329 |
|
5. |
RAFIZA RAMLI |
720120025612 |
|
6. |
SUZANA SHAARI |
720218065364 |
|
7. |
WAN NAJMI WAN
DAUD |
720922025315 |
|
8. |
MAZLAN ABDUL
KHALIM |
720814025393 |
|
9. |
MOHD NAZRI
YUSOFF |
720405020405 |
|
10. |
MOHD NASIR
SAID |
720113025577 |
|
No comments:
Post a Comment