Perhatian

Re Union

17,18 Jan 2014

Bukit Merah

AGM Koop

Sila baca kat bawah

Saturday, May 30, 2015

AGM Ansara 2015

AGM Ansara BP telah berlangsung di Kelab Tasek Putrajaya (lagiii....) pada 30 Mei 2015 pada pukul 2 petang. Saudara Khalizul Khalid atau lebih dikenali sebagai Gholie telah bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua Cawangan Ansara Balik Pulau. Dengan sebab itu menguatkan semangat ahli SPM89 untuk turun mengundi dan sama-sama memeriahkan acara tersebut. Selepas mengundi, sesi meja bulat SPM89 telah diserikan lagi dengan kehadiran cheese cake Cik Farah dan serimuka lemak berkrim buah tangan Puan Mazza. Bab makan memang kita menang.

Setelah pengundian dilakukan, ternyata nasib tidak menyebelahi Gholie kerana kekurangan hanya 6 undi. 6 UNDI omaigod!!! Kepada ahli SPM89 yang berada di sekitar Lembah Kelang yang tidak hadir, sila rasa bersalah kerana aku yang dari Ipoh (you know who I am..Ipoh mali tatak sombong punyer) pun boleh datang mengundi, korang yang dekat-dekat pun tak mau datang. Tapi tidak mengapa. 2 tahun dari sekarang, kita perlu memastikan kewujudan SPM89 dalam exco demi memastikan aktiviti Ansara BP berjalan lancar dan ketelusan dalam hal-hal yang berkaitan dengan kewangan.

Sesi bergambar selepas AGM


No comments: