Dengan Wassup, idea reunion ini dibincangkan sehingga ia menjadi kenyataan. Aku sendiri asalnya tak boleh nak mai, sebab ada kuliah Jumaat malam Sabtu di Kampus UKM Jalan Temerloh, antara 700-1000 malam. Tup3, tarikh 17 Januari 2014 jatuh pada hari Thaipusam dan Selangor cuti, jadi akhirnya dapat juga sertai Re-Union kali ketujuh ini.
Re-Union 25 tahun SPM89 XMRSM Balik Pulau, kali ketujuh ini telah berjaya dilangsungkan pada 17 Januari 2014 di Suria Service Apartment, Bukit Merah. Alhamdulillah, yang datangnya rasanya dalam 76 orang, reunion terbesar semenjak berpisah selepas SPM tahun 1989. Aku sendiri, ini kali pertama hadir reunion. Sebelum ni dok tengok Facebook saja, lani tengok depan mata. Jutaan terima kasih kepada penganjur, terutamanya 'Fiza and her team', aku pun tak kenai sapa team hang Fiza, jangan mare...he3...Lain kali buat lagi nooo...
Aku sendiri, dah memang kaki kamera, walaupun tak se professional macam Lan Kapchai dan Suzana, aku ambik baliklah tugasan yang ditinggalkan 25 tahun dulu...Dengan Kamera Canon EOS 650D 18-135mm, aku harap hampa puas hati dengan gambaq2 kat sini.
Tujuh keping gambaq terawal dari Facebook Anoy aka Sireh
Petang tu, dalam 645/700 petang, ada majlis tahlil untuk kawan2 kita yg dah kembali ke Rahmatullah
laki campoq pompuan dalam 30-40 org yg hadir
Habis tahlil dan baca Yaasin, tunggu Azan Maghrib
Ni geng Musafir, solat Jamak Takdim (Isyak selepas Maghrib) dengan berimamkan Pencetus Ummah Ustaz Azad (dari kiri Tab, Johaq, Gholie, Wari, Rashid, Hikam, Kamal, Izuddin, Aziran, Hizam aka Aku (dalam post ini) dan Fisol
Ni waktu petang lagi-No dua dari kanan adalah Norhashimah @ Norhikamah Mahmud...Laki dia sahabat baik aku, pakar metafizik...
Ni pun petang lagi di Lobi hotel...SK lani kerja sendiri aka usahawan...Aku dah panggil mai ceramah kat UKM, Jatuh Bangun Saya Sebagai Usahawan. Ada bakat jadi Great Motivator
Fiza Faiqra di tengah2...Jutaan terima kasih atas Re-Union ni...lain kali buat lagi, cuma parti makanan Korea tu hampa tak kongsi dgn kami, geng kaum Adam nooo.
Kaunter pendaftaran - Shima Noh, Sally dan Yatie (Laki Yatie, Ameng, geng UUM dengan aku, Org Ganu kite, depa ni Bangian, Seksyen 8)
Dari kiri - Azad (Sprinter Rumah Kuning), Kalam, Izuddin (terlindung) Chee (macam bekas CEO TNB), SK, Bonn aka Basiaq aka Bashir Ishak, Meon dan Anoy aka Sireh
Dok tunggu Cikgu-Cikgu masuk...Izuddin, Yazid, Azad, Nasiaq, Anoy, Meon aka Azrul Sani, Dr. Helmi (suami Ulin), Kamal Zulkhairi dan Angem (Anggota Snyder)
Kazam, Azhar Kering, Fisol, Sabri Zakariah aka Karoo aka Adik Angkat Ustaz Azhar Idrus, Lan Kapcai (Snyder), Lt. Komander Ramli Shamsudin, Chee aka Ahmad Haizal Hamzah, Faris (Tok Imam) dan Tabian aka Tetuan Loyar (Dr. Azhar Kering buka klinik sendiri kat Balakong, so tak jauh dari KL utk yg nak mohon MC)
Tiga dari kiri - Wari aka Hawari, Loyar kan? Prof. Muhammad Yazid Jalaludin ada belakang Azad, so the first full Professor in our batch kan???
Lin aka Haslinda Yusoff (Prof di UiTM), Bedah aka Rafidah Aziz aka ....sambung sendiri (pensyarah bab2 sains maklumat kt UiTM juga), Rosie aka Tukang/tokey buat kek, Farah (lani kat NSTP) dan Ummul Khair yg masih maintain,, cayalah...
Tuuu dia, Mazza, Lin dan Bedah....dah tak boleh panggil 3 dara pingitan dah...
Suzana Shaari (buka studio/kedai gambaq sendiri kan?), Lutfiah (Alhamdulillah dah sembuh), Ana aka Nurziana Tajudin (rumah ada kolam besaq), Helnie Kamarulzaman, dan Norazila (geng UUM dengan aku dulu, lani Cikgu yang cukup berdedikasi, tabik spring...toing3)
Nora, Che Yoi aka Dr. Nurul (kat Hospital Ipoh kan-Che Yoi betul2 lost siapa aku), Sharida Fakurazi aka Datin kita (the first Datin in our batch, lani Prof. Madya Datin Dr. kat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM) dan Nik Haslina (mmg aku tak kenai, lain bebenor)
Fadzilah, Wanie (Cikgu kat Shah Alam), Rumaizah (muka mmg tak berubah)
Yatie aka Norhayati Haron (Cikgu lani) pun dah sihat walafiat. Alhamdulillah.
Suzana bisnes sendiri, belah2 Gurun/Guaq Cempedak area2 tulah...Depa kata tak jauh dari rumah Etikoi
Ana kerja sykt berkaitan Farmasi2, macam tu lah...
Tuuuu dia, kaum Hawa dok beratoq, apa2pun muka semua ceria ...
Cikgu Tengku Lokman, rasanya di MRSM Felda Trolak. Anak Cikgu Lokman masuk kelas aku semester lepas, kursus Pengurusan Strategik, cerdik macam ayah dia, dapat A...
Cikgu Z... tengok kat baju tu ada lambang MARA... walau siapa yang anda sokong, jangan lupa MARA ada peranannya untuk kemajuan anak bangsa...
Cikgu Shahidan (Bahagian Kemasukan MARA)...sapa nak anak masuk MRSM mmg kenai Cikgu Shahidan...maintain muka dan badan Cikgu Shahidan, bukan macam anak2 murid Cikgu
Cikgu Hamid aka Ketua Warden... last event rasanya ada kenduri anak cikgu Hamid di Baling
Cikgu Rosli, dulu terkenal dengan gaya rambutnya...Badan masih steady, ingat semua anak Homeroom
Upai aka Wan Najmi aka Dr. Najmi, Hisham Supree aka Tok Batin, Fisol aka Mohd Fisoludin (businessman)
Fisol buat bisnes sewa kereta untuk VVIP kat Utara/Perlis...So maksudnya, Fisol kenai ramai VVIP
Walaupun bukan dalam Grand Ballroom, majlis makan malam tetap meriah
Kambing golek ditaja oleh Johaq aka Johar Amat aka Big Boss dan Tabian Tahir
Sapa ni, hampa teka dulu...dulu di posisi penyerang Rumah Kuning
Cherm aka Dr. Hazli Zakaria, pakar psikiatrik kat HUKM dok sembang dengan Hikam... kalau ada masalah 'hangin satu badan, terutamanya banyak angin kat kepala', pi jumpa Cherm...
Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama sepadan, Jazz aka Khairul Anuar Md Akhir aka Dr. Jazz dengan si isteri, lani depa dok Teluk Intan, Jazz buka klinik sendiri kat Teluk Intan, sapa nak MC atau ubat free bila ke Teluk Intan boleh calling2...Depa kata Jazz hisap curut Johaq malam tu, betoi ka? Isterinya Dokor Pakar Bius kan, lupa pulak dah...kat Hospital Teluk Intan
Rosie aka Rosiana, dengan Che Abang dan dua anak...Sapa nak tempah kek, cupcakes dan apa2 untuk Birthday Party, Rosie mmg ada buat, coverage area sekitar Shah Alam.. tengok https://www.facebook.com/#!/rosiana.rahman.9?fref=ts
Sophiah (Homeroom Neraca), Suhaili (Homeroom Makmur) dan Inayah (sprinter Suria)...tiga2 ni mmg 25 tahun aku tak pernah jumpa
Kamal Zulkhairi dan Dr. Iqbal (balik berkhidmat di Malaysia setelah berbelas/berpuluh tahun di UK)... Dr. Iqbal ni pakar ???, berkaitan dengan baby juga kan...
Ana dan Lin (kawan2 kata lain kali kena buat reunion kt rumah Ana, pasaipa ha)
Inayah (tak sempat sembang buat apa lani), Cikgu Sally yg senyum memanjang (maklumlah cik abang dan anak-anak takdak), Bedah (memang kaki senyum bila nampak kamera) dan Ana
Nomad aka Kapten kapai terbang..lani dok bawa Boeing 777...Airbus A380 utk kapten yg bakal pencen, Nomad kata...Nomad tinggal di Kota Seriemas (kota untuk Kapten2 kapai terbang ja), ada homestay di Bukit Merah dan taja beberapa tiket penginapan di homestay dia malam ni...lain kali taja lagi Nomad...Anyway thanks for the sponsorship...
Che Ta aka Juzita, lani dok Kulim, baru habis MBA dr UiTM, dulu di Intel, lani ??? tak sempat tanya
Farah masih .....so peluang utk ..... dll utk ...... (sila isi tempat kosong)
Bonn aka Basiaq aka Bashir Ishak, kerja sendiri aka Wartawan Harakah dengan Johaq The Boss... kalau nak join 4X4 Adventure Team, tanya Johaq, dia ada 'Suzy' .. Johar sentiasa ceria sebab poket penuh...
Kiri sekali dari depan tu Kalam Azad... dah jauh bebenor rupe mike ye...
Snyder tak cukup korum, so tak perform malam ni...
Kiri sekali - Kazam (Bangian juga dok depan Tasik Cempaka; rumah orang2 elit kat BBBangi)
Husna dengan Che Abang... lani tokey Hotel Seri Malaysia kt Kulim...
Omaq aka Omar Musa, antara yang paling maintain among the guys, masih dengan Petronas.... dengan Rashid (ada kebun kat Hulu Langat, bila musim buah tu, buat mini-reunion kt dusun hang boleh?). Omaq datang dengan Spook dan Aziran
Rumai (penulis buku cerita dlm Bahasa Inggeris) dengan Rozai... Patut Rumai buka kaunter jual buku, kawan2 pakat boleh beli dan minta autograf
Apa petua Cikgu2 kita maintain???
Emcee malam tu...Aziran aka Tukang baiki kapai terbang...banyak masyuk tu...Aziran selalu MC bila kapai terbang kena tukaq tayar, depa katalah.. kawan2 pesan jangan guna flash bila ambik gambaq.... Kamarus Shahar pun tukang baiki kapai terbang jugak...
Banyak pulak pantun Aziran malam tu...nasib baik takdak Tepuk Pengakap...
Upai dengan isteri, sedondon warna baju depa...Dr. Upai pakar bab2 perut dan apa2 dlm perut, macam tulah yg aku faham...
Angem dengan isteri, tema merah hitam, cuma misai Angem belum boleh lawan misai aku
Lauk malam tu? Bolehlah dengan standard Suria Apartment, yg penting merapatkan dan meraikan persahabatan
Naset aka Ustaz Nasiaq pimpin tahlil petang tu untuk kawan-kawan yang telah mendahului kita dalam menemui Sang Pencipta.. Naset juga taja makanan dari kedai kek dan bakeri dia...Anyway, aku dah potong ketinggian Nasiaq (Nasiaq katalah)
Sophia (kalau takdak name tag mmg tak kenai), Suhaili (suara serak2 basah macam Ella)
Nora dan Ulin (Dr. Shuzlina Abdul Rahman, isteri Dr. Helmi; pensyarah di UiTM, dulu menang Anugerah tesis terbaik waktu sambung PhD di UKM)
Lin aka Prof. Madya Dr. Haslinda Yusof (dulu buat PhD kat Australia), tanpa tag nama mmg tak kenai...
Sally, cikgu di Ipoh, depa laki-bini pernah mai tidoq rumah aku kat Birmingham, UK. Sally dah janji belanja Nasi Ganja untuk aku sekeluarga bila pi Ipoh nanti sebab update cepat gambaq2 ni..
Shimano aka Shima Noh (ese mmg tak konai la jumpa mula2) dan Mazza (jiran sekampung - Bangian; dulu aku sekeluarga pernah pi rumah Mazza kat Croydon, UK, Mazza masak mmg Superb, Ketua Tukang Masak dari zaman Pengakap dulu.)
Suhaili lani cikgu kan???
Doktot sembang dengan doktot....Dr. Helmi (suami Ulin, pernah terserempak kat HUKM), pakar bius di hospital swasta dengan Prof. Dr. Yazid (pakar pediatrik kan? kat University Malaya Medical Centre)
Cherm aka Dr. Hazli Zakaria mai naik Starex, ramai pakat numpang nooo...Anyway Thanks Cherm for the contact person...
Anoy aka Sireh, pensyarah di Multimedia University, masih seorang kartunis dengan Mat Jai...Mat Jai nampak maintan kali ni, apa petua hang nooo? Minum akaq kayu ka?
Rod aka Rodzanariah (pemain hoki Negeri Pulau Pinang zaman kita dulu, bila tengok Rod menggelecek mmg power), isteri Ustaz Dr. Azhar Zuhdi dengan Rozai (Rozai di Putra Heights, Puchong)
Topex aka Taufik antara yang sampai lambat tapi Tabik Spring (Toing3) sebab sampai juga...Lani cikgu di Kuala Lipis, Pahang. Pahang tak cuti hari Thaipusam, lepas sekolah, mula jalan jam 4 petang, masuk ikut Cameron Highland (kena jem pulak), akhirnya sampai juga semua anak-beranak
Macam aku kata, doktot sembang dengan doktor...Dr Azhar Zuhdi buka Pusat Tahfiz kat Kuala Kurau. Dr Iqbal dengan Damansara Specialist rasanya
Wari aka Hawari, Lef. Komander Ramli aka Rem, Fisol dan Sham The Superb (adik Ipaq Hj Bau aka Haslizan Ramli)
Leftenan Komander kita maintain muka dia...tak sempat tanya petua...
Sham dan Tok Imam aka Mohd Faris Adly Shukery (lani Head of Marketing di Sime Darby dan taja jus jambu dalam kotak malam tu, pernah mai makan malam sekeluarga di rumah aku di Birmingham, UK)
Bonn wajib layan Topex sebab 'racun' punya pasai
Kalam pun maintain, kepala, muka dan badan.. hang nampak lebih macho lah Kalam, org kata masih 3 series
Entah apa dibisikkan si Gholie tu (dok tolong cari...untuk Karoo ka)... Karoo kat Penang...Gholie, pensyarah di UPSI, Tanjung Malim...kalau bab Sekolah2 ni, hampa tanya Gholie, he has the facts, bukan sembang deras ja...
Urusan bisnes juta2 depa ni...Meon kerja sendiri, Tokey besaq tu
Spook, sanggup turun dari UK untuk ke reunion kali ini (Gambaq Facebook Anoy)....so kena tabik spring (toing7X)... Spook, arkitek lulusan UTM Skudai, lani kerja kat UK, menetap di Manchester...anak baru dua...
Ok semua, ni dulu untuk pusingan pertama. Kalau ada nak betulkan/tambah/ubah/buang nama, gelaran, ejaan, maklumat, atau gambaq, minta tulis kat bawah ni (ruangan Comments), nanti aku kemaskini balik. Ada beberapa gambaq takdak dalam posting ni, nanti ada dalam gambaq Homeroom... Aku minta maaf kalau tersilap/tersalah tulis dan lain2, letih kerja ni nak melawak jugak nooo... Pusingan kedua adalah gambaq2 ikut Keluarga Pelajar (Homeroom)....Pusingan ketiga gambaq2 ikut Kelas A,B,C,D,E,F,G,H dan Kelas ganjil...Wassalam.
3 comments:
Kamal Zulkhairi tu bukan Kopra...kopra nama lain...
Ayat paling power, "tangkap gambaq Aziran takleh guna flash".
Gambaq org dari UK takdak pun. Kesian dia, penat dia balik...
Post a Comment