Perhatian

Re Union

17,18 Jan 2014

Bukit Merah

AGM Koop

Sila baca kat bawah

Friday, August 14, 2009

22hb ni.... confirm dapat bonus

Bagi yang beramal ler....
Ikhsan Lan Kapchai

Monday, August 3, 2009

Mesyuarat ALP Koop Pertama @ Laguna Merbok

Mesyuarat pertama Ahli Lembaga Pengarah koperasi kita telah berlangsung pada hari Ahad, 2 Ogos yang lalu di Laguna Merbuk Club House.

Dihadiri semua ALP termasuk Rafiza dari KL...

Beikut pemegang jawatan yang diputuskan:

Pengerusi: Syamsul Mardee Ismail
Setiausaha: Azrul Sani Ali
Bendahari: Mohd Nizam Mohd Noor
Audit: Rafiza Ramli

Keahlian sudah dibuka, borang akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.
Lain2 perbincangan: Pembukaan akuan, kempen keahlian, printing of UUK dll, logo koperasi, jamuan raya

Projek : dialysis center

Plan tindakan.... jangan lupa tugas masing2

Mardee mencipta chop bulat koperasi

Koperasi kita dah ada sijil

Waiter tak bertauliah

Mesyuarat menentukan halatuju koop kita

Shemoi: Aku cadang Mardee Fiza: Aku sokong
Meon: Cadangan ditutup

Wednesday, July 29, 2009

Mesyuarat ALP Koop

Salam,
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat ALP Siri 01/09 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 2 Ogos 2009
Hari : Ahad
Masa : 10.00am - 1.00pm
Tempat : Bilik Mesyuarat Club House Laguna Merbok, Sg Petani, Kedah.
1. Ahli Lembaga Pengarah telah dimaklumkan melalui SMS.
2. Rakan-rakan ahli yang lain dijemput hadir. Walau bagaimanapun, tempat adalah terhad kepada 15 orang sahaja (termasuk ALP)disebabkan saiz bilik mesyuarat yang kecil.
3. Ketepatan masa amat-amat dihargai memandangkan penggunaan bilik mesyuarat hanya mengikut masa yang ditempah.
4. Agenda mesyuarat akan diedarkan pada hari tersebut.
Sekian, harap maklum.
SMardee

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru

Diciplak dari email Hizam da Boss











Jika hari ini seorang guru yang sentiasa dingati anak muridnya
Jika hari ini seorang CEO Intan's Oven semakin berjaya
Jika hari ini seorang jurutera carigali ke Sudan, dan ke sini-sana
Jika hari ini seorang akauntan mengorbankan masanya di Tanah Arabia
Jika hari ini seorang peguam semakin dikenali di persada
Jika hari ini seorang pensyarah sedang mencari noktah disertasinya
Jika hari ini seorang pensyarah menambah pengalaman di tanah Australia
Jika hari ini seorang ahli perniagaan melebarkan empayarnya
Jika hari ini seorang penyelia yang sentiasa menginsafi jerit susah akan ibunya
Jika hari ini seorang pilot sedang terbang merentasi benua
Jika hari ini seorang kartunis sedang memerak otak di depan komputer riba
Jika hari ini seorang arkitek menyiapkan rekabentuk kondominium di Pulau Mutiara
Jika hari ini seorang doktor mengorbankan cutinya merawat seorg Pak Tua
Jika hari ini seorang ahli politik sedang mendaki tangga kerjaya
Jika hari ini siapa saja semakin berjaya
Sejarahnya dimulakan oleh seorang ibu dan seorang bapa
Yang bersusah-payah mengandungkannya, membesar dan mendidiknya
Agar menjadi insan berguna kepada agama, tanah leluhur dan masyarakatnya
Yang juga merupakan gurunya yang pertama

....singgah sebentar di sebuah universiti......


Nukilan:
MOHD HIZAM HANAFIAH

Thursday, May 14, 2009

Gambag reunion part 1

Ni ada sikit gambag reunion... nanti aku boh lagi untuk tatapan those yg tak berFacebook

Sniders & Kalam performing

Makan time.....

Ark, Pudin Boya, Don Xigong, Chee

Encik 9w2azx jadi MC

Luhur '85... Tahun ni tambah 2 orang lagi

Tuesday, May 12, 2009

Nak download lagu maktab...

Sapa nak download lagu maktab & lagu2 lain sila buka di sini

Login: spm89
P/w : qwerty

Kalau rajin tu upload le lagu2 kat situ...boleh pakat2 share... Aku guna ID ni utk boh lagu kat singingbox kat bawah........