Perhatian

Re Union

17,18 Jan 2014

Bukit Merah

AGM Koop

Sila baca kat bawah

Saturday, December 19, 2009

Pendaftaran Ahli Koperasi

Assalamualaikum, saya Azrul Sani Bin Ali,A.K.A Meon (batch SPM1989) ALP COOP X-MRSMBP-K BHD, telah ditugaskan untuk mendaftar ahli koperasi kita yang telah sedia untuk berfungsi.

Bermula dari hari ini anda sudah boleh mendaftar diri anda sebagai ahli coop dengan menghantar email kepada saya nama, alamat, no tel berserta yuran ahli RM250 dan kalau boleh syer RM500.

Anda boleh me'bank-in' bayaran ke akaun coop

KOPERASI BEKAS PELAJAR MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU-KEDAH BERHAD
MALAYAN BANKING BERHAD
552095204689


Sila send img slip payment anda kepada saya. Saya akan memberi email pengesahan maklumat anda untuk rekod pendaftaran ahli. Anda juga digalakkan meng'SMS' pembayaran kepada bendahari iaitu saudara SHEMOI.

Sila register diri anda ke email group coop kita. Selepas ini aktiviti koop akan diumumkan melalui email tu supaya tak bertindih dengan aktiviti umum spm89 group ni.

Anda juga boleh mendaftar pasangan dan anak-anak (berumur 18 tahun ke atas) anda sebagai ahli.

Dalam kita dok rancang nak buka pusat dialisis tu, tup-tup minggu ni ada satu pusat (Pusat Dialisis Marina) buka betoi-betoi depan Hospital Sultanan Bahiyah.

Pohon kerjasama dari setiap ahli group ni, janganlah jadi golongan melayu mudah lupa, janganlah juga berada dalam golongan "tak paa...biaq pi laa...kita tunggu dulu tengok...".

Kami barisan para ALP COOP X_MRSMBP-KEDAH BHD yang baru dah mula buat kerja, bantulah kami untuk memantapkan dan meninggikan taraf COOP ini biar berjaya ('enjin' kami la ni BMW dan Ferrari; tolong laa bubuh 'bahan' api V-Power untuk kami lagi cargas).

SOKONGAN DAN KERJASAMA ANDA AMATLAH KAMI PERLUKAN UNTUK MEREALISASIKAN MATLAMAT COOP.

Untuk sebarang maklum balas , pertanyaan serta maklumat lanjut sila reply email ini sebab senang untuk saya mengumpul dan menyimpan maklumat. Tolong jangan create new subject untuk pendaftaran ahli coop.

Announcement Penting KOOP kita

Salam,

Hari ini (17-Dis-2009) dengan rasminya coop kita dah boleh mendaftarkan ahlinya. Akaun telah siap walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

Akaun : Maybank Islamic Bhd
Cawangan: Mergong, Alor Setar, Kedah
No Akaun: 552095204689

Penandatangan terdiri daripada:
Pengerusi
Bendahari
Setiausaha

dengan syarat below RM10,000 any two. RM10,000 and above all 3 seperti yang dipersetujui dalam mensyuarat ALP yang pertama.

Aku dengan ini ingin memanggil mensyuarat ALP seterusnya untuk membincangkan tentang
1- kesilapan dalam pelantikan audit dalaman
2- meluluskan permohonan keahlian
semua dah boleh memohon jadi ahli dengan
i- yuran ahli RM250.00
ii- share RM500.00 (boleh bayar ansuran)
3- apa lagi nak tambah?

Sekian harap maklum.

(Azrul Sani Ali, Setiausaha KOOP)